"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 24, 2017

Otak tidak secanggih kemudahan yang canggih...


Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme


Mungkin kerajaan sebenarnya tahu atau dalam dilema apabila mahu mencanggihkan kemudahan awam kerana minda sesetengah rakyat kita yang tidak canggih. Kerajaan tahu akan risikonya tetapi terpaksa menyediakan kemudahan awam kerana memang ada orang yang sangat memerlukannya. 

Menunggu semua rakyat cerdik baru nak buat adalah suatu perkara yang tidak masuk akal.

Perbuatan vandalisme ini berlaku di mana-mana pelusuk negara. Contohnya, lihat pintu jamban awam kita. Lihat perhentian bas kita, ia amat memalukan.

Semasa saya menggunakan perkhidmatan bas, saya sering lihat kusyen bas ditoreh dan dicarik-carik. saya hairan kenapa ada manusia yang bersifat begini kerana ia menyusahkan orang lain. Walaupun hanya contengan kadang-kadang ia adalah sangat buruk.

Perosak harta awam ini umpama rakyat yang tidak ada semangat patriotik terhadap negara. Kejadian terbaru di MRT laluan Sungai Buluh - Kajang memang mencerminkan masyarakat kita. Bagi Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, perkara ini amat menyedihkan malah situasi ini menunjukkan seolah rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerima pengangkutan awam yang canggih dan bertaraf dunia.

Related image
Muka datuk sayu jea...

Bila la minda kita nak maju, awal-awal lagi kita sudah tewas dalam mendidik anak-anak. Anak-anak sudah jadi seumpama kera di hutan.

Kata Chia Seng Kah (pengurus MRT Merdeka), sejak ia mula dibuka, ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk melihat keunikan stesen ini.

"Panel dinding ini amat mahal, kita harap ibu bapa boleh kawal anak mereka untuk tidak memijak atau cuba memanjat dinding itu.

Entah nak cakap apa lagi...dari kecil sudah terbiar. Pergi hari raya rumah orang pun ramas kueh muih...emmm...

Virus perosak ada pada minda masyarakat kita... Inilah wajah kita...

Semoga masyarakat kita jadi cerdik suatu hari nanti, jadi manusia yang bersyukur dan pandai menghargai. Kalau kemudahan awam rosak, kita juga yang rugi. Atau kita lah yang menyusahkan kawan-kawan kita yang mahu menggunakannya...

Kita patut bersyukur kerana negara-negara lain ada yang teruk kemudahan awamnya...

  

Kawan saya semakin sedikit...

Benar kata ayah, semakin kita dewasa semakin kecil jumlah kawan-kawan kita. Semasa ayah saya luahkan kata-kata tersebut, saya tidak ambil pusing sebab itu perkara biasa bagi saya (pendapat saya pada masa itu). Saya kini sedikit menyesal kerana sepatutnya saya tanya `Mengapa jadi begitu?

Saya perhatikan pada hari raya sudah tidak ramai kawan-kawan ayah yang bertandang. Begitu juga dengan mak saya, tidak ramai kenalannya datang. Pada masa saya kecil, ramai sungguh kenalan ayah datang beraya, macam rumah Yang Berhormat. Saya dapat duit beratus ringgit...duit raya. He he he.

Sekarang `kehilangan' kawan terjadi pada saya. Mungkin atas sebab-sebab tertentu yang saya sendiri kurang faham, saya dapati saya sudah hilang ghairah untuk berkawan. Manusia tidak lagi menjadi minat saya yang utama dalam mewarnai dan melatari hidup saya. saya hanya berbudi bicara dengan mereka.

Dulu saya beria-ia mahu berkawan dan cari kawan baru. Meluaskan pandangan kononnya. Masa muda memang begitu, kita lontarkan diri ke mana-mana, di mana mana...sehinggakan ke tempat yang salah. He he he. Saya ada banyak masa.

Namun sekarang saya dapati masa sangat berharga, saya mahu habiskan dengan orang yang betul-betul hargai saya. Saya akui banyak juga masa yang saya habiskan pada orang yang tidak berguna/tidak menarik sangat pada saya. Bunyinya kejam tetapi ituulah kehidupan. Tidak bermakna kita sombong, kita hormati mereka...cuma kita tidak boleh habiskan masa untuk semua orang.

Masa sudah menjadi terlalu berharga...atau saya yang sudah jadi berbeza?

Image result for weird friends

Wednesday, July 19, 2017

Afgan - Ku Mohon | Video Lirik

Abang tidak lagi tidor di dada adik...(atas)

Image result for angels men


Abang tidak bisa menceritakan kisah cinta Abang yang sedih dan aneh kepada kawan-kawan Abang di sekeliling. Kerana bagi orang biasa, kesedihan itu harus cepat-cepat diluputkan dengan mendapatkan kasih baru. Maksudnya kekasih baru.

(Dan bagi orang yang biasa, cinta itu adalah seks dan rasa berahi...)

Kerana dengan meratap dan berhiba akan kepada kisah kasih yang lalu, yang tidak sesampaian itu... ia tidak memberikan apa-apa pengertian dan itu adalah dayus. Tidak hargai hidup.

Jadi blog ini jadi obat bius jiwa Abang, Abang sesekali menulis tentang kisah kasih cinta Abang yang tak kesampaian... Kisah adik yang curang. Memang tidak selalu Abang menulisnya, tidak sering tetapi sesekali hanya. Bila jiwa meronta...

Aneh sekali walaupun Abang semakin berusia, sudah 47 tahun, kobar cinta Abang seperti pemuda 17 tahun, yang mabuk yang kemaruk. Seperti kuda liar yang muda dan gagah. Itulah perasaan Abang tak kunjung padam.

Ia amat menyiksakan namun ada kesenyuman di jiwa orang seperti Abang. Orang yang seorang yang dapat kebenaran yang hakiki. Orang yang hanya hebat pada perasaan dan kata-kata hati tetapi bukan harta... Ya, Abang tidak hebat rupa, tidak hebat harta. Abang hanya kaya jiwa. Untuk adik...

Tetapi adik yang berada dalam istana tentu tahu akan sebuah cerita klasik... Orang selalu cerita, samada untuk apa-apa tujuan...entah. Ceritanya tentang sang putri yang tidak bahagia (lari meninggalkan istana) kerana kebahagiaan itu bukan ada di istana tetapi dalam diri sebuah hati.

Adik mungkin sesekali terasa putri itu adalah adik...

Tuhan tidak buat bahagia itu ada istana, tuhan tidak buat bahagia itu untuk orang muda, untuk orang kaya. Kerana ia adil, ia boleh muncul di mana-mana jiwa manusia. Jika manusia itu cerdik dan hargainya...juga sabar. Tidak boleh sesekali tersasar.

Abang percaya tentu ada, pada waktu-waktunya, mungkin sesekali adik rasa terkurung di istana itu, dan ingatkan Abang ini. Sumpah Abang sangat yakin dan percaya. Demi tuhan Abang percaya, Abang tak akan dibenarkan, abang tidak akan diluput dari ingatan adik, sepanjang hayat.

Hidup di istana sangat indah taman dan designnya. Kaya bermakna wang tidak masalah, namun masalahnya adalah kerana sudah terlalu senang keadaan ianya membuka ruang kekosongan dalam satu pintu di jiwa adik, yang adik pernah adik sediakan, untuk Abang huninya. Di mana untuk Abang tidur di dada adik...

Tidur di dada adik seperti dunia ini dalam gengaman Abang. Dan sekali lagi orang-orang biasa tidak pernah akan memahaminya. Similir dan bombastik hanya untuk pelara yang dapat merasa... Untuk orang yang cerdik.

(Sebab bagi orang yang hakiki...cinta itu tidak pernah ada kaitnya dengan seks dan rasa berahi...)

Orang yang baik dan bijaksana sebenarnya akan selalu merasa bersalah atas perbuatan salahnya. Sebab itu adalah hakiki. Bertambah-tambah jika masih ada sekelumit atau rasa `pernah sayang'. Sebab cinta sejati bukan murahan...(walaupun berada di sebuah gubuk yang buruk dan tak bertaman, dapur tak bercorrelle, almari tak bertappuware...)

(Cinta hanya ada pada hati yang tenang, jiwa yang tulus dan suci...)

Adik merasakan lompang itu kerana Abang tidak lagi tidor di dada adik...

...


Tuesday, July 18, 2017

"Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!

Apabila kita berada dalam keadaan marah atau kecewa, kita akan terdorong untuk bercakap mengikut sedap rasa hati. Kita tidak fikir panjang.

"Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Kita mungkin terlepas cakap apabila marah. Pastilah kita tidak mahu ianya berlaku kerana pastilah kita tidak mahu berkongsi walaupun satu jari suami kita dengan perempuan lain. Terutama kalau perempuan itu lebih muda dan elok rupa parasnya berbanding kita. Kita yang kian berusia ni...he e he.

Tetapi orang kata lelaki pantang dicabar, mereka akan lakukannya.


Image result for husband ego quotes

Namun si suami juga harus faham, `cabaran' itu lahir dari kekecewaan dan bukannya kemahuan sebenar sang isteri. 

Jika kedua-dua pasangan masing-masing ego, mereka tidak akan berjumpa dengan pasangan lain yang lebih baik (jika mereka berpisah) kerana masalahnya bermula dari mereka sendiri...

iaitu masalah ego yang ada dalam diri.


Monday, July 17, 2017

Pelajar datang melawat, bekas pelajar...


Hari ini empat orang bekas pelajar datang singgah bilik saya...

Makan-makan Raya 2017, Seribu Mawar: Bahagian Satu

Ini satu-satunya masakan yang saya sediakan sebagai tuan rumah

Saya berasa gembira kerana pada 8/7/2017 lalu, saya dan sahabat-sahabat berjaya berkumpul untuk makan-makan raya sempena raya 2017. Kami buat makan-makan kecil sahaja, namun meriah dan ramai yang dapat hadir.

Majlis makan-makan raya ini sebenarnya diselenggarakan oleh sahabat-sahabat saya yang bekerja di Kolej Widad (dulu Shahputra). Saya sebagai tuan rumah, menyediakan rumah sahaja, he he he.

Saya suka aktiviti sebegini sebab nak harapkan saya sorang, memang tidak laratlah...he he he.

Seperti biasa Jeha, Azwa dan Ida datang awal
Kami sudah biasa berkumpul sebegini, sebelum ini pun kami akan buat makan-makan bila rasa lama tak buat makan-makan. Kadang-kadang kami juga pergi berkelah, pernah sekali kami tidor di homestay 69, tepi pantai.

Tidak menjadi masalah untuk cari tempat berkumpul. Jika nak buat makan-makan, rumah saya terbuka bila-bila masa pada hujung minggu... Kalu saya tak ada kerja la. He he he.

Buat makan-makan ni memang kena rancang tapi kadang-kadang malas nak rancang betul-betul sebab biasanya tak jadi...kena buat spontan baru jadi. He he he.

Hapis serius giler mengupas buahan

Walaupun saya dah lebih 10 tahun meninggalkan sahabat-sahabat (berpindah tempat kerja). Kami tidak pernah berpindah persahabatan. Saya anggap ini rezeki maha besar dalam hidup saya.

Sahabat yang baik dan memahami adalah rezeki tuhan. Kita harus menghargainya.

Saya ada cerita hal aktiviti makan-makan ni kepada seorang kawan saya yang berkerja di RTM (kena sebut ke tempat kerja dia ni?). Dia beritahu saya sangat beruntung sebab ramai sahabat yang masih setia dan utuh.


Walaupun dapur kecil, mereka berjaya sesuaikan diri.Add caption

Kami sedar sekarang masing-masing sibuk sebab majoriti sudah berkeluarga. Namun sekali lagi ianya bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak berjumpa dan makan-makan.

Saya rasa seronok apabila sahabat-sahabat datang ke rumah pada hujung minggu tersebut, sebab biasanya saya seorang diri sahaja mengurus taman dan membaca. Bila ada makan-makan, hujung minggu saya jadi berlainan. 

Kali pertama guna pemanggang ajaib yang dibeli di Lengkawi

Saya harap kami akan buat lagi makan-makan pada waktu yang bersesuaian. Ada juga sahabat yang tidak dapat datang atas urusan dan kengkangan tertentu. Namun insyallah nanti dapat berjumpa pada aktiviti seterusnya.


Antara hidangan terawal

Saya berpendapat aktiviti makan-makan ini bukanlah setakat jumpa dan makan-makan, secara tak langsung ia dapat mengendurkan tekanan kerja dan eratkan silaturahim. Tidaklah kita terpisah dan tumpukan kerja kita sahaja (yang sampai mati pun tidak siap).

Hapis memasak ayam yang saya perapkan. Periuk ini sangat berguna sebab ayam-ayam itu gerenti masak. Saya tidak rasa menyesal membelinya di Langkawi. Yang saya menyesal tak beli corelle adalah, he he he. Namun tak mengapalah saya sudah ada kawan kat sana yang boleh tolong belikan kalau saya nak.

Anak-anak turut ke dapur

Bila nak masak-masak, barulah saya sedar rupanya rumah saya tidak ada periuk besar. Saya akan membelinya nanti. senanglah juka ada periuk besar.
  


Sekian dulu nanti sambung...

Wednesday, July 12, 2017

Suami lari dari rumah...

Saya sudah bertambah kurang menceritakan masalah keluarga kawan-kawan saya dan juga kawan-kawan kepada kawan-kawan saya di blog ini. Sebabnya mudah dan senang. Sebabnya ia tidak akan habis-habis dan membuatkan saya rasa buntu.

Sebagai orang bujang, saya menjadi tempat mengadu mereka. Saya hanya mendengar dan kadang-kadang menyalahkan mereka juga, kadang-kadang rasa kesian. Dan kadang-kadang saya rasa marah.

Pada mulanya saya rasa bangga sebab saya jadi tempat yang mereka percaya, namun lama kelamaan saya rasa terbeban sebab banyak simpan rahsia rumahtangga orang sedangkan saya sendiri tidak berumahtangga. He he he.

Bagi saya setiap keluarga ada masalahnya. ia perkara biasa dan tidaklah memalukan. Lagipun kita kawin dengan orang, bukan kambing. 

Cerita terbaru adalah mengenai seorang kawan saya yang baru mendirikan rumahtangga hampir dua tahu. Sudah ada bayi kecil. Dan akibat bertengkar dia lari meninggalkan rumah, bini dan bayinya. Dua hari.

Seorang pemuda yang baru jadi bapa mungkin tertekan dengan perubahan hidup baru yang menuntut banyak pengorbanan dalam diri. Tanggungjawab besar menanti dan wajib dipenuhi. Ia bukan pilihan. Bukan.

Saya harap dia banyak bersabar. Dia wajib bersabar.

Saya percaya bukan semua orang layak berkawin. Kita ada bukti kukuh. Kita boleh lihat contoh-contoh di sekeliling...

Sekian.



Image result for a sad husband




Tuesday, July 11, 2017

'Baby Bump' itu aurat?

Kata kawan saya (yang saya rasa hiupnya pun tunggang-langgang dan tidaklah  islamik sangat) `baby bump itu aurat'.

Semasa kawan saya beritahu, saya tak ambil kisah sangat sebab saya rasa sudah menjadi trend orang perempuan sekarang bila nak beranak, terutama anak sulung, mereka nak hebahkan nak war-warkan kegembiraan itu. 

Seolah dunia ni mereka yang punya, seolah dapat harta karung. Saya tak kisah, saya tak hairan... Saya tak kisah kalau mereka nak berbogel pun macam Demi Moore.

Image result for demi moore pregnant


Cuma minggu lepas saya ada terbaca di media massa yang mengatakan ianya termasuk dalam aurat kerana bentuk badan wanita itu aurat. Jika si suami pun sama galak, maka si suami itu pun turut mempermosikan aurat isterinya.

Tetapi kalau saya perempuan pun saya tidak akan up gambar perut saya di media massa (bukan sebab aurat) kerana saya tidak mahu semua orang berpeluang melihatnya, memperkatakannya. 

Tetapi saya faham di dunia ini ramai sangat yang terdesak untuk kelihatan bahagia dalam rumahtangga...mereka akan up apa sahaja. 

He he he...sehinggakan up up up macam-macam... 


Apakah itu Rabies?

No automatic alt text available.

Banyaknya rumah terbuka dan hati yang terluka...

Image result for open house


APABILA seorang kawan datang ke rumah dengan muka toya seolah meraih simpati, saya terkedu. Dia datang menjemput saya hadir ke rumah terbukanya. Saya hanya jawap skema `insyallah', kalau berkesempatan saya akan hadir..". 

Rata-rata kawan-kawan saya berlumba-lumba mahu adakan rumah terbuka. Syawal hanya ada 30 hari dan saya ada kawan lebih dari 30. Kalau tak datang, bimbang hati mereka terluka dengan tindakan saya yang tidak hadirkan diri. Ada beberapa kes mereka melahirkan kekecewaan tersebut.

tetapi ramai yang tahu memang saya tak akan datang...he he he.

Paling tidak saya akan usahakan diri ke rumah-rumah terbuka kawan-kawan  yang saya rasa memberi kesan besar terhadap hidup saya yang:

1. datang sendiri jemput saya
2. datang ke rumah saya apabila saya jemput
3. sahabat dah lama
4. dekat dengan rumah
5. dia jarang buat makan, jarang bertemu.

Kalau kawan biasa-biasa ia tidak akan menjadi keutamaan...

Konsep rumah terbuka memang elok, tetapi kalau ada tiga tempat dalam sehari tentu tidak elok untuk kesihatan kita. Maka pandai-pandailah memilih rumah mana yang kita mahu pergi.

Mungkin lepas syawal pun boleh buat rumah terbuka...sebab jangan bila mati baru kita nak melawat kawan kita, masa hiduplah kita berjumpa ria.

Sekian...




Monday, July 10, 2017

Saya tak buat rumah terbuka...

Saya pernah menulis mengenai konsep rumah-terbuka-yang-tertutup pada posting yang lalu pada syawal nan lalu-lalu. Tak ingat dah bila, tapi ia pasal perihal hal orang-orang berada buat rumah terbuka yang sebenarnya `tertutup'.

Sebenarnya konsep rumah terbuka yang tertutup ni diamalkan oleh majoriti masyarakat kita.

Kepada saya rumah terbuka sepatutnya jemput semua orang yang berhampiran dengan rumah kita, bukan sahabat kerja kita atau saudara mara kita yang rapat sahaja. Sebab fungsi rumah terbuka untuk merapatkan silaturahim.

Jadi saya tidak pernah buat rumah terbuka pada hari raya. Sebabnya banyak. Ia melibatkan kos yang besar dan sebab kedua saya ada banyak puak yang saya `dipuakan'. Maksud saya geng-geng yang berlainan mengikut kategeri yang berlainan. Kalau nak himpun semua puak-puak, kena sewa dewan.

Sebab ketiga, saya malas nak beria-ia sebab saya sibuk. Jangan kecam sebab ini. He he he.




Wednesday, July 5, 2017

Kaya dan berwajah Korea...

" Orang yang nak kaya tetapi tak mahu belajar ekonomi sama macam orang perempuan malas berhias nak pikat pakwe berwajah korea..."

Raya 2017, dan kisah seorang kawan

Gambar raya saya dengan sebahagian daripada keluarga...besar.


SELAIN emas permata, keluarga mungkin perkara yang paling penting sejak zaman dahulu. Sejak zaman purba atau sejak zaman kucing kirong, secara langsung, atau secara tidak langsung, keluarga memainkan peranan yang terbesar dalam masyarakat yang kecil atau besar. Atau tidak sebesar mana. atau kecil.

Keluarga membentuk perasaan kita...

Hari raya ke enam saya berkesempatan berjumpa dengan kawan kepada kawan saya kepada kawan saya kepada kawan baik saya. Kira kawan atas kawan. Kami berpeluang makan malam dan bercerita. Ini pertama kali saya berpeluang makan dengannya secara berdua.

Saya dengar luahannya dengan teliti dan saya rasa sedih dan beruntung. Saya rasa sedih kerana di usia 40 tahun dia sudah kehilangan ibubapanya. Dan tiada adik beradik yang rapat. [Banyak perkara yang saya tidak faham yang berlaku dalam keluarganya sebab saya masih lagi tidak mahu bertanya itu-ini...]

Dan saya rasa beruntung kerana saya masih ada keluarga yang menemani saya secara sedar dan tidak sedar. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika saya tiada ibubapa, adik beradik dan anak-anak saudara. Sehingga raya pun saya tidak tahu mahu pergi ke mana? Namun itulah yang terjadi padanya...

Saya harap dia tabah, kerana cubaan hidup sangat berbeza dan pelbagai...

Saya tidak mahu berkata banyak kerana saya tidak rasai apa yang dia rasai...namun saya rasai apa yang saya rasai, patah hati...(ini cerita lama yang kekal).



.