Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, April 16, 2018

Syzygium Inophylla (Pokok Gelam Tikus)




Semalam, duduk saja-saja...saya pukul gambar ini. Saya rasa pokok gelam tikus ini memberikan impak yang menarik kerana warna oren gelapnya mengalahkan tompok-tompak pokok brazillian ironwood.

Semasa menanamnya beberapa tahun dahulu, saya sudah membayangkannya. Pokok ini tentu menarik.

Dan nanti, kawasan ini akan jadi lebih gelap dan sejuk...nyaman.

Hasil carian imej untuk sukiman menulis laman
Gambar dari fail...

5 comments:

Unknown said...

Salam boleh bagi tips penjagaan ke? Adakah dia sesuai utk ditanam di kawasan construction dimana tanah yg agak kurang baik

Jankaulu said...

salam sahabat,

1. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak berpasir di kawasan pantai negeri Terengganu.

2. Setahu saya tiada tumbuh di kawasan hutan, maka saya kira ia sesuai untuk pelbagai jenis tanah walaupun tanah tidak subur.

3. Kawasan perumahan saya juga adalah paya yang ditambum untuk tujuan pembinaan, saya dapati pokok ini tumbuh subur.

4. Kesuburan tersebut mungkin juga kerana dibajai (secara minima) dan saya menyiramnya diawal pertumbuhgan.

5. Saya puas hati dengan pokok ini cuma daunnya memakan masa yang lama untuk jadi reput (humus), maka saya mencakarnya letak dalam plastik hitam.

semoga info ini berguna


Unknown said...

Terima kasih atas tips tersebut tapi boleh sy tahu adakah sahabat menggunakan benih utk pembiakan pokok ini? Atau tidak. Kerana sy juga menyiram pokok ini diawal penananaman dimana sy menggunakan anak pokok tetapi selepas beberapa hari ditanam daun-daun kelihatan kekeringan berwarna coklat

Jankaulu said...

1. Saya membelinya (dengan menyuruh kawan-kawan anak sedari cari di tepi kawasan pantai). Kira upah cari.

2.Jadi semasa saya menanamnya pokok-pokok tersebut sudah tinggi antara sekaki ke dua kaki lebih sikit.

3. Saya menyiramnya hanya sekali seminggu, semua pokok yang saya tanam hidup.Mungkin kerana pokoknya sudah gagah. Batangnya sudah okey.

4. Sekarang pokok itu sudah berbunga dan bijinya jatuh tumbuh di bawah pokok tersebut. Saya ada membuat cubaan mengalihnya dan setakat ini semuanya mati daun bertukar coklat. Ini mungkin kerana pokoknya masih tidak kuat atau kaedah mengalih saya tidak betul. Saya tidak dapat pastikan.

5. Saya dapati di Kuantan ini tiada nurseri yang menjual pokok ini. Mungkin suatu hari nanti ia menjadi trend.

mrul said...

Di kuantan ni di mana bole saya dapatkan anak pokok gelam liar ye tuan?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home