Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, November 24, 2017

Adik, siapakah lelaki itu...?


Image result for sad men and blue beach

Pada hari itulah... kali terakhir dia melihat matahari. 
Pada hari itulah... hari terakhir dia mendengar ombak di pantai. 
Pada hari itulah...hari terakhir dia berhenti menjadi istimewa. 

(Dan pada hari seterusnya dia mula bercakap dengan pantai...)




HARI itu adalah hari yang paling malang. Paling malang dalam hidupnya. Dia menangis teresak-esak seperti budak. Memeluk bantal di dalam bilik, di atas katil. Dia koyak gambar adik, dia delete semua gambar adik... sambil tersedu-sedu dia menangis. macam adengan drama-drama swasta Melayu yang malas nak maju.

Saat dia hilang adik... Dia hanya mahu mati sebab dia anggap adik mati.

Semenjak Adik mati, dia tidak pernah lupakan adik walaupun sehari. Tidak ada sehari pun dalam hidupnya berlalu tanpa ingatan kepada adik... Ia seperti cerita dongeng cuma versinya kisah putera kehilangan pedang... Dia kehilangan adik.

Dulu dia tidak percaya ada lelaki setia. Rupa-rupannya dialah lelaki itu. Tuhan maha kuasa. 

Ada orang kata dia lelaki bodoh, dan gila. Ada orang kata dia tentu something sebab dia seorang yang solo. Ada orang kata dia pentingkan diri.

Orang kata segalanya, tetapi dia tidak peduli. Sebab dia percaya dia ada adik. ingatan kepada adik adalah segalanya.

Daripada atas, tentu adik boleh melihat hidupnya. dari atas adik adalah istimewa, adik seperti roh. Adik tahu wajah siapa yang muncul di rungan matanya apabila kelopak matanya terbuka pada setiap pagi. Dan pada malam yang sunyi hantinya pula adik akan tahu wajah siapa terakhir melekap pabila kelopak mata terakhirnya tertutu. Hatinya pekat dengan rindu. Rindu pada adik...

Mungkin kegagahan terunggul seorang lelaki adalah keupayaannya untuk setia...melawan perasaan. Menahan cinta di dalam dada untuk wanita yang dia dikasihi...

Melihat dia harungi hidup ini dengan koleksi seksa, adik tentu menangis. Sumpah nyawa, adik tentu menangis.

Daripada atas adik tentu menangis. Lidah adik tentu juga beku...



Adik,

Kadang-kadang dia bertemankan pantai. Dia mahu ada adik di sebelah tetapi ia barang mustahil kerana tuhan telah matikan adik dalam hidupnya. tetapi bukan dalam hatinya...

Dalam rindu dia merenung pantai untuk berbicara tetapi lidahnya tidak dapat bergerak. Lidahnya kelu dan dia hanya hanya duduk-duduk meramas pasir pantai. Melihat laut... 

Dia hanya duduk lama-lama meramas pasir pantai dan tersenyum sakit.

Deruan ombak dan bunyi camar tidak dapat pulang ke hatinya ...



Adik...

Dia akhirnya bercakap dengan pantai, dalam sedu-sedannya tidak jelas butir kata. Tetapi dia terus berbicara seolah adik ada di tepinya. Dia mahu mendengar bahawasanya adik terlalu rindu dan kerinduaan itu membawa kematian. perpisahan dalam apa jua bentuk adalah menyedihkan...

Adik, seperti selalu dia mahu adik lemaskan dia dalam pelukan adik. Dia mahu tarik-tarik rambut adik yang panjang bagai layar di lautan itu... menyelubunginya. Dan dia berpura-pura lemas. Ya seperti lelaki lain yang normal dia berpura-pura lemas.

Dia sedar dalam bercinta, tiada lelaki cerdik. semuanya bodoh. Dan rela jadi badut kerana orang yang dicintainya. Dia rela jadi bodoh seperti lelaki-lelaki lain juga...

Dia masih ingat sumpah adik. Di depan laut biru dan ombak kuat itu. Bahawasanya tanpa dia, adik hanya boleh bertahan nafas selama tiga hari? Adik ingat kah? Rupanya dia simpan kejap sumpah adik dalam hati. Terlalu kejap melekat...hingga dia tidak dapat bernyawa apabila adik pergi...tidak seperti lelaki biasa yang lain.

Adik kata percintaan adik dengannya bagai cerita dongengan. Tetapi akhirnya adik sahaja yang berjaya loloskan diri sedangkan dia masih di dalam cerita tersebut terawangan, kaki tidak jejaki bumi...

Adik lihat pantai itu...



Adik,

Dia sangka kisah cintanya paling agong berpanjangan, bahagia seperti ombak dan pantai. Adik pernah beritahu dia pencatuman dua hati itu laksana pantai dan ombak...tak mungkin terpisah walau ada pasang surut, ribut dan taufan...tetap bersama. Adik, dia percaya sangat-sangat.

Adik, kini dia berterusan sendirian, meramas-ramas pasir pantai. Sesekali dia mendongak ke arah lautan yang sangat biru. Tetapi telinganya hanya mampu mendengar janji-janji adik. Sesekali dia kesat airmata dengan lengan baju...

Adik..., tidak akan pernah ada ucapan selamat tinggal darinya, kerana lelaki sepertinya mempunyai hati yang bodoh dan telinga yang tuli...






No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home