Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, April 12, 2017

Kolej Universiti Widad di TTC, jumpa kawan-kawan lama...

MINGGU LEPAS, saya berpeluang bermakerting di TTC (Terengganu Trade Centre). Walaupun saya sudah berusia dan tidak sesegak dan sehandsum dulu, saya tetap terpilih untuk mewakili tempat kerja saya. [Pasti ada yang tertanya-tanya "Handsum ke dulu? Huh!"]. He he he.
Bersama Dr Bahari Mohamed

Saya sempat jumpa beberapa orang kawan saya, antaranya orang besar Widad, Abang Bahari. Apa rahsia yang Abang bahari pakai saya tak tahu, saya lihat dia tetap macam dulu, nampak muda. Saya ni bila pukul gambar siap kena edit bagai lagi untuk nampak muda.

Mungkin ada amalam-amalan tertentu yang diamalkannya. Saya tidak sempat borak panjang dengan abang Bahari tetapi dia tenang dan mesra macam dulu juga. Tak sempat saya tanya apa petuanya nampak muda dan tenang selalu?

Saya dan Widad masih ada hubungan (halal) kerana ramai kawan-kawan saya berkerja di situ. Sebelum ini nama kolej tersebut adalah Kolej Universiti Shahputra. Di Shahputra dulu saya agak terkenal juga...sebab itulah mereka kenal saya. Mungkin saya jenis suka bercakap [perlu beritahu ke?]. 

Seronok berada di TTC. Suka melihat orang yang mengenali kita di tempat kita tidak dikenali. He he he.


Bersama Encik Nazri dan  Encik Sakri...

Kali ini saya sempat juga bersawafoto dengan beberapa rakan lama. Walaupun letih berkerja, saya tetap senyum simpul. Tetapi kalau lihat pada mata saya, nampak sebenarnya saya letih. Tapi sapalah nak tengok mata saya kan? [pulak dah...]

Bersama Dr Fahmi
Saya jumpa Fahmi. Kepada saya Fahmi adalah seorang kawan yang lucu. Bila berjumpa Fahmi teringat pula Faisal. Pasangan lawak yang hebat pada masa dahulu. Kalah maharaja lawak mega.

Suatu waktu dahulu bila saya boring atau sedih, saya akan jumpa Fahmi dan Faisal. Mereka kan bercerita mengenai perkara-perkara lucu. Sakit perut bila mereka melawak sebab mereka penuh gaya dan aksi. Kadang-kadang mereka buat lakonan semula... kononnya.

Mereka penuh gaya dan ekspresi muka yang maksima.... Di tempat kerja saya sekarang semua kawan-kawan jenis serius...entah kenapa?...

Tetapi di TTC kami tidak sempat bercerita kerana masing-masing sibuk bermarketing bukannya nak buat sinortron. Ya lah kan, tanggungjawab untuk memperkenalkan institusi masing-masing adalah paling utama pada waktu-waktu sebegini...bukan nak bercerita hal lain.



Gerai marketing saya

Sebenarnya bila pergi bermarketing, saya akan toleh kiri kanan untuk melihat adakah Kolej Universiti Widad turut serta? Sebab ianya satu peluang untuk bertemu mata dengan kawan-kawan lama. Terakhir saya bermarketing sebelum TTC, saya jumpa Widad di FELDA Cini tetapi wakilnya semuanya orang-orang baru yang muda, segar. [tidaklah pula saya maksudkan yang telah berusia, layu...]

Kawan baru.
Gambar terakhir di atas adalah pekerja yang muda belia lagi. Yang susuk badan tidak lagi mengembang. Lincah ke sana ke mari menarik perhatian pengunjung dengan senyum mesra seperti baru menerbitkan album terbaru di pasaran. Tenaga-tenaga muda penting kerana mereka lebih menarik dan bertenaga...[sedih saya menulisnya, tapi alhamdulillah walaupun saya kurang muda, sisa-sisa tarikan itu tetap ada sekelumit. Prasannn...].

Dalam perjalanan hidup kita, selain slip gaji, kawan-kawan juga adalah penting.  kawan-kawan yang baik kekal di ingatan...

Harap dapat berjumpa lagi, dan minum-minum bersama...bye dulu...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home