Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 21, 2017

Jangan terlalu kerja kuat, ingatlah keluarga...

Image result for hard work and family quotes


Ramai masyarakat Malaysia berpendapat "Tidak mengapalah korbankan masa dan kerja rumah di rumah demi menumpukan kerja di tempat kerja". Dengan kata lain mereka berpendapat `kerja itu pun untuk keluarga juga, bukan untuk orang lain'. dan "Gaji itu untuk kehidupan keluargalah juga'. Itulah pendapat rata-rata suami/isteri.

Namun lama-kelamaan pemikiran mereka ini memberi impak besar bukan sahaja terhadap keluarga mereka tetapi pembangunan isaniah keseluruhan masyarakat Malaysia... dan seterusnya pembinaan tamadun kemanusiaan (pembangunan kemanusiaan).

Jarang ada organisasi yang benar-benar perihatin terhadap kehidupan berkeluarga para pekerjanya. Organisasi tidak peduli sama ada kita kahwin atau tidak, ada anak atau tidak, mak dan ayah kita masih hidup atau tidak dan lain-lain yang maha penting dalam hidup kita (apatah lagi hidup akhirat kita). Rata-rata organisasi yang besar terutamanya galak memacu para pekerja sehingga ke titisan keringat terakhir (dan akhir nyawa) atas setiap ringgit yang diberikan (gaji).... dengan menyakinkan pekerja, ia adalah berbaloi, berdumbel-dumbel.

Maka kita bekerjalah sehingga lewat petang, kerja juga di luar masa kerja (out station sana sini, sampai kita tidak sedar kita ni dah semakin `out' di hati pasangan dan anak-anak kita). Kita juga menggunakan waktu malam kita, tengah makan dengan kerluarga ingat pasal kerja. Dan begitu juga dengan hari sabtu ahad menjadi mangsa kepada `kerja kuat' kita.

Kita kerja kuat dengan harapan pendapatan yang kita terima berbaloi (walaupun kita sedar ianya tidak pernah berbaloi, kita mahukan lebih).

Masyarakat yang berkiblatkan wang ringgit dan material, wang ringgit dan materiallah saja yang mereka akan dapat. Namun manusia yang menjalani kehidupan yang selayaknya akan bukan sahaja merasai pendapatannya sudah mencukupi tetapi juga merasa tenang (sebab tiada rasa bersalah kerana sentiasa ada dengan keluarga).

Berada di tempat kerja antara 9 hingga 10 jam sehari (tanpa mengira kesesakan ke tempat kerja) dan dicampurkan dengan aktiviti tido kita akan menghasilkan jumlah jam yang hanya sedikit untuk kita menguruskan rumahtangga dan keluarga kita. Masa untuk berfikir dan menguruskan kerja berbentuk fizikal terhadap keluarga hanyalah merupakan peratus yang kecil dalam urusan seharian kita.

Haaa...

Adakah peratus kecil jam yang tinggal itu boleh membuatkan kita tenang menguruskan hal rumahtangga kita? Pasangan dan anak-anak tersebut. Juga ibubapa? Berkomunikasi dengan sepupu sepapat. (semua perkara tersebut tidak dipraktik dalam dunia binatang, tetapi perlu bagi manusia). Yup, memang tidak cukup (saya sendiri tanya, saya sendiri jawab, he he he). Kita rasa tak cukup masa nak buat...wahima untuk menjalankan kerja rutin kita sebagai isteri atau suami. Bila tidak cukup masa kita tiada motivasi, jadi malas dan boring... [Atau kita buat ala kadar dan tak dapat nikmat. Contohnya, tidak dapat nikmat dari perbuatan menyediakan secawan kopi untuk suami (pahala besar tu!).] Disertakan contoh dialog di bawah, sila rujuk;

"Awak buatlah sendiri kopi, saya letih" Kata Mariam Sepawi kepada hubbynya.*

Sebab itulah kita akan rasa lebih seronok dan mencabar apabila berada di tempat kerja (yang sepatutnya kita rasa lebih seronok dan tenang berada di rumah). 

Saya berpendapat proses membina piramid zaman firaun secara paksaan masih berlaku. Maksud saya para pekerja yang berhempas pulas berkerja untuk mencapai impian organisasi (hingga tiada masa untuk anak bini/suami). Yang mana mereka secara halus telah dipaksa dan terperangkap (atau memaksa dan memerangkapkan diri?, atau tak sedar diri? he he he).

Sebab itulah kini lahir lapisan generasi yang sangat berbeza, yang tidak kejap jati diri dan sifat kemanusiaan. Kita dengar berita yang pelik-pelik dalam masyarakat kita. Takut melihat kelakuan generasi kita sekarang. mengapa jadi begitu? Jawapannya mudah! Sebab sudah tiada pihak yang memupuk nilai kemanusiaannyaa. Sama ada di rumah (ibubapa kejar KPI dan bonus) dan sekolah (cikgu dan guru besar kejar A).

Kini..keseimbangan antara kerja dan kehidupan sebenar hanyalah tinggal dongengan sebab mereka sepakat mengatakan kerja tulah kehidupan! Kata mereka macam mana nak hidup kalau tak kerja?

(Manusia memang payah nak terima hakikat dan ubah diri bila kena atas batang hidup mereka.)


Image result for hard work and family quotes



*
Maaf contoh dipilih adalah menjerumus kepada si isteri. Si suami pun sama, janganlah 24 jam fikir pasal kerja. Perhatian perlu diberikan kepada isteri dan anak-anak juga. Itu adalah tanggungjawab sebenar juga. Tidak bermakna bawa banyak duit ke rumah maka segalanya beres!...

Pujilah isteri berilah kasih sayang walaupun mereka hanya berbaju kelawar dan bau bawang...

Sekian...



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home