Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 7, 2016

Kos untuk menjadi tua...?

Hujung minggu lepas ketika saya sedang asyik membelek daun pokok kemboja saya, tiba-tiba terlintas di fikiran saya `Apa jadi kat aku bila tua nanti yea?". Saya tertanya-tanya, `Adakah kehidupan saya pada masa hadapan akan bertambah senang?.

Namun pertanyaan itu bukanlah timbul kerana kehidupan saya sekarang adalah susah bebenor. Saya berpendapat dengan `saya yang begini', kehidupan saya ini bolehlah dikira ok. Tidaklah sangat senang atau sangat susah.

Namun pertanyaan itu bagus untuk kita sama-sama fikirkan. Sama ada kita kakitangan kerajaan yang akan dapat pencen (separuh gaji) atau bersara dengan wang KWSP.

Kawan saya berpendapat keperluan pada masa tua nanti tidak semestinya akan jadi lebih kecil (belanjanya) daripada keperluan pada masa muda. Maknanya kita mungkin perlukan lebih banyak wang untuk memastikan kehidupan kita adalah pada tahap selesa.

Pada masa tua nanti:

1. Adakah pembiayaan perumahan kita masih belum selesai?. 

Kalau selesai pun mesti juga kena ada duit untuk baiki atap bocor, saliran paip tak berfungsi ke, atau airkon brokna? (kena baiki rosak tak dapat guna)

2. Adakah kita memerlukan kereta baru kerana kereta kita sudah berusia di mana kos pembaikian sudah menjadi tidak berbaloi?

3. Adakah pinjaman peribadi kita telah dilangsaikan.

4. Adakah wang keperluan makan 3 kali sehari mencukupi dengan andaian inflasi 3% setahun. Maksud saya makan pagi kita nanti akan jadi RM27.50.

5. Adakah kos gajet dan internate mencukupi. Cuba bayangkan keperluan media pada masa hadapan.

6. Kita juga tetap membayar bil air dan elektrik.

7. membayar cukai pintu.

8. Dan mungkin juga kita perlu `hulur' kepada anak-anak.

9. Kos untuk hari perayaan

10. Kos untuk kain baju.

11. Kos untuk menjaga kebun (sebab tak larat, mungkin upah jea).

12. lain-lain kos sebab kita kena bergantung kepada orang lain (contohnya bayar driver untuk perjalanan jauh atau menyuruh orang pergi beli barang untuk kita)

13. Kos kecantikan supaya muka kita yang berkedut ini masih macam muka orang.


Retirement Expenses Pie Graph

Mungkin sebab itulah kita mesti berhati-hati dalam berbelanja. Saya menulis ini juga untuk peringatan saya sendiri sebab saya suka membeli. Saya rasa dalam keturunan saya, hanya ayah saya sahaja tidak suka membeli. Yang lain semuanya kaki membeli walaupun d hanya di kedai RM2.

Tapi saya lupa ingatan bila di supermarket...he he he. 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home