Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 30, 2016

Rekaan pakaian tema islamik yang sangat pelik

Hujung minggu lepas saya ke panggung wayang melihat filem `I can see ghost'. Namun posting ini bukannya mengenai filem Thailand tersebut tetapi mengenai sesuatu yang sedikit menganggu atau mengusik emosi saya.

Saya lihat sepasang dewasa memakai pakaian yang sedondong. Saya lihat pakaian si lelaki sangat pelik. Hendak dikatakan baju Melayu, bukan baju Melayu (sebab dalam buku sejarah melayu, baju Melayu dilonggarkan sehingga ke hujung lenggang), nak di katakan jubah, bukannya jubah. Baju tersebut potongannya mengikut `body' sasa si lelaki. Maksud saya seperti pakai baju Melayu tetapi potongannya nampak susuk badan. Nampak pinggang yang ramping. Nampak betis kaki...He

Saya rasa pelik tetapi saya tidak menceritakannya kepada kawan-kawan di sekeliling. Bimbang nanti mereka kata "Biarlah, lelaki boleh pakai apa sahaja...". Ramai juga kawan saya begitu, mereka tidak mahu berfikir panjang, mereka biarkan sahaja semuanya berlalu begitu. Mereka tidak peka terhadap perubahan masyarakat selagi tidak mengusik jumlah gaji mereka. 

Tetapi tak apalah, bukan semua kawan saya cerdik walaupun berpelajaran tinggi...

Berbalik kepada baju tersebut...baju itu sangat ketat sehingga saya nampak ia carik di bahagian ketiak. Tak lah nampak besar carikya tetapi sebagai pemerhati, saya dapat lihat carik tersebut kerana saya berjalan di belakangnya. saya sengaja ekori pasangan tersebut. Lagipun kaunter aiskrim Mek Donal tutup selama 15 minit. Boleh saya gi jalan-jalan dulu.

Di sebelah lelaki dewasa itu ada perempuan yang dewasa. Maaf cakap saya nampak tergedik-gedik sedikit. Tudung perempuan itu juga agak pelik, agak pelik berlapis-lapis dan besar macam pokok krismas. Boleh gantung kad raya...(tetapi raya lambat lagi...).

Baju perempuan tersebut seakan-akan jubah jubah juga tapi saya rasa ketat dan nampak seksi. Gelagat gediknya sangat mesra alam dengan lelaki tersebut. Saya lihat muka perempuan itu disolek tebal (tapi taklah cantik sangat). Mungkin mereka buat pertunjukan fesyen islamik sempena menyambut ramadan kot...he he he.

Saya tak dapat kata apa-apa apabila baju kononnya rekaan islamik sebegini menjadi bertambah aneh sejak akhir-akhir ini. Sebab nanti kawan-kawan saya kata `asal tutup aurat'. Namun bukankah menarik perhatian itu juga harus diambil kira selain menutup aurat?... Entahlah.

Abang Jan: Pakai jeans sahaja...baju T'shirt.



Ada juga fesyen jubah yang tak ketat tapi masih agak pelik bagi saya, adakah saya sudah ketinggalan fesyen?


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home