Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, February 17, 2016

Pokok Siti Zubaidah pulak dah...

Pokok Siti Zubaidah (gambar dicilok dari Google)

Kehidupan ini sangat pelik. Saya tidak suka pokok berbunga sebab tidak tahan lama. Namun kali ini saya nekad untuk menyitizubaidahkan laman saya.

Saya suka berkebun. Dulu saya pernah bercita-cita mahu jadi tukan kebun istana. Saya pernah tanam pokok ini dalam pasu. Puas tunggu tidak tiba bunganya. Dan bila saya pindah ke Muadzam, saya berikan pokok ini kepada sahabat baik saya.

Kini minat timbul kembali. Namun hingga ke saat ini saya masih tidak faham mengapa minat tanam pokok ni kembali menjelma. Kali ini saya mahu tanam atas tanah dan tanam secara banyak-banyak. Bukan dalam pasu.

Di nurseri yang sudah berbunga RM85. Mati hidup balik saya tak beli sebab tak banyak duit. Saya beli yang kecil sahaja RM15 sepolibag. Saya beli dua polibag dulu. Saya tanam bawah pokok kemboja kerana di negara kita ini kononnya sesuai di bawah teduhan sebab mentari terik. Tidak boleh terik sangat gayanya pokok ini.

Dalam bahasa inggeris namanya Hydrangea. Dalam bahasa Spanyol dan Italy tak tahu pula apa namanya. Di Malaysia ada juga dipanggil Bunga Tiga Bulan. Sebab kembangnya tiga bulan. Haaa... Di Sulawesi Selatan di panggil Bunga Masamba.

Bila lihat pokok-pokok dan bunga-bunga hati jadi berseri-seri. Wajah jadi gemilang... Jom menanam. Ia terapi minda...


Pokok Siti Zubaidah berbunga cantik,
Kembang lama di laman rata;
Hati Abang bagai dicarik,
Hilang adik di ruangan mata...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home