Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 18, 2015

Kisah keputusan UPSR anak kawan saya...

Saya setuju jika ada yang berpendapat pelajar yang mengumpul A dalam setiap mata pelajaran tidak semestinya akan membesar menjadi seorang yang bijak, cemerlang dan menyumbang dalam kehidupannya dan orang di sekelilingnya. Saya sudah mula kenal `silat tari' kehidupan. Umur saya bukan 17 tahun. Saya bukannya mentah lagi.

Sama seperti kita dimahu percayakan bahawa apabila kita membuat baik, orang akan membuat baik kepada kita... Ia adalah mitos, tidak semestinya. 

Malah saya percaya pelajar yang mendapat A ini akan bekerja makan gaji dan jika tidak makan gaji pun mereka akan bekerja di bawah pelajar yang mengumpul banyak B. Atau C! Itulah realitinya sekarang. Cuba lihat sekeliling kita.

"Mendapat A menjadi ukuran yang sangat penting sekarang..." Kata kawan saya yang mewasap memberitahu anaknya langsung tidal dapat A dalam UPSR baru-baru ini. Dia kecewa sebab dia telah hantar anak dia ke tution dan berharap sangat anaknya tidak menjadi bodoh macam dia. (dia mengaku dia bodoh).

Saya yang tidak ada anak ini mustahil dapat merasai perasaan ayah yang anaknya tidak cemerlang dalam pelajaran. Yang saya tahu adalah fakta iaitu peperiksaan UPSR itu telah membawa malu kepada dirinya dan anaknya. Dan keluarganya.

Saya rasa kesian kepadanya dan juga anaknya. Anaknya tentu malu dan anaknya juga tentu tahu ayahnya kecewa. 

Kepada saya, peperiksaan adalah bertujuan menguji kefahaman. Jika kefahaman kita rendah/lambat tidak semestinya kita tidak berjaya dalam hidup. Sebab kefahaman yang kita `hilang' atau rendah itu boleh kita raih kembali melalui masa. Yang paling penting sekali mesti tidak putus asa dan tekun terus menerus meraihnya. Yang paling penting sekali kita tetap peluk anak kita kuat-kuat, ucap tahniah dan mesti cuba lagi...atas ketidakjayaan anak kita.

Apa salahnya peluk menyumbang semangat apabila anak kita gagal...

Kita kena bersyukur kita ada anak dan sihat pula. Orang lain ada anak kucing jea. Atau anak kucing pun tak ada sekadar kucing jiran...(saya la tu). Kita mesti sayang anak kita walaupun dia tidak cemerlang dalam peperiksaan. Yang membentuk satu kehidupan adalah kasih sayang bukan peperiksaan... Percayalah saya. Kita boleh tanam sifat yang baik kepada anak kita selain tersesat dengan upacara `menguji kefahaman' tersebut. He he.

Kadang-kadang kita kena akui anak kita mungkin menurun perangai kita...iaitu taklah pandai sangat. He he.

Untuk satu cinta dan kasih sayang demi sebuah kehidupan kita harus sayangi anak kita. Kita jangan malu kerana anak kita dapat 4C. Tapi kita harus malu kalau kita jenis mak bapak yang tidak peduli pelajaran anak kita. Itu yang patut kita malu.

Percayalah keputusan UPSR itu nanti hanyalah setitik cerita dongeng dalam perjalanan hidup anak kita itu. Kerana dalam sesebuah kehidupan, keberanian dan ketekunan yang terus menerus untuk terus majulah yang membawa kepada kebahagian...bukannya cemerlang dengan A.

Cubalah ubat hati dan motivasikan diri agar anak-anak lebih berjaya...itu yang paling penting... Jadi positif orang kata...








No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home