Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 15, 2015

Kuah tak tumpah ke nasi...

Banyak jugak saya lihat ibubapa yang cemerlang dalam pelajaran tetapi anaknya sebaliknya. Maksud saya SPM pun tidak ke mana... Maksud saya lagi ayah ibu mereka pensyarah (dan ada berpangkat profesor...) namun anaknya tidak pernah cemerlang dalam pelajaran. Malah ada seorang doktor yang saya kenal ...anaknya lembap.

Jadi janganlah kita tidak percaya kepada kebolehan anak-anak kita walaupun kita tidak berpelajaran. Ini salah satu moralnya.

Kalau ikut logik tentu anak-anak juga cemerlang sebab mereka berada dalam persekitaran pendidikan dan kecerdikan. Namun ilmu tidak boleh diwarisi, begitu juga iman.

Saya malu (dan bimbang kawan saya malu) untuk bertanya di mana anaknya melanjutkan pelajaran selepas SPM tempohari. Kali terakhir dia beritahu anaknya duduk di kampung sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Dan melalui kawan saya yang lain saya kemudiannya tahu anaknya masuk kolej biasa sahaja di Kuala Lumpur sebab resultnya tidak memuaskan.

Tiada jaminan untuk menyatakan ibubapa yang cerdik anak akan menjadi cerdik dan sebaliknya. Usaha dan faktor persekitaran lain juga memainkan peranan yang penting. Ya faktor gen juga boleh menolong tetapi bakat dan kecerdikan sukar diwarisi. Begitu juga dalam bidang-bidang lain...

Pernah saya berfikir anak arwah Datuk Sharifah Aini tentu mempunyai suara yang hebat jika beliau menyanyi. Mungkin kalah Jamal Abdillah. Namun kemudiannya saya sendiri mengakui ia tidak semestinya.

Melihat lakonan Fauziah Ahmad Daud berbanding ibunya Saadiah amat berbeza. Walaupun lakonan Ogy tersebut bagus namun jauh berganda hebat lagi Primadona Saadiah. Begitu juga dalam dunia politik Datuk Hishamuddin juga jauh skalanya dari kewibawaan politik bapanya. 

Namun maksud sebenar `Kuah tumpah ke nasi' ialah sedikit sebanyak perangai anak akan dipengaruhi oleh perangai ibubapa. Maka dalam hal Ogy dan Hishamuddin tadi bolehlah kita katakan kuah tumpah ke nasi (walaupun suam-suam kuku. He).

Dan semestinya ibubapa mahu anaknya mencapai kecemerlangan yang lebih daripada mereka...sama ada ibubapa itu mempunyai pelajaran atau tidak. Formal atau sebaliknya.


Kuah tumpah ke nasi... (rupa anak lelaki Clint Eastwood...)






No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home