Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, May 30, 2015

Mengapa suami zaman ini semakin tidak dihormati...?

Mengikut satu sumber, didapati ramai para suami telah menggunakan `klinik keluarga' sebagai saluran untuk mereka meluahkan perasaan. Apakah luahan hati mereka?

Apakah luahan utama para suami di Malaysia?

Saya tidak bergelar suami. Namun saya tahu menjadi suami adalah tanggungjawab yang besar. Amat besar kerana suamilah ketua keluarga, pengatur rumahtangga. Suami bertanggungjawab atas segalanya. 

Suami adalah lelaki yang berperanan memastikan rumahtangga berada dalam keadaan baik dan bahagia. Di dunia dan akhirat.

Luahan utama mereka ialah kepayahan untuk mendapatkan respek dari isteri dan anak-anak mereka. Seperti biasa saya tidak terkejut. Namun di hadapan kawan-kawan saya berpura-pura terkejut dengan isu ini...

Saya beritahu pendapat saya kepada kawan-kawan. Saya beritahu pastilah sebab suami-suami tersebut tidak dihormati kerana kelemahan diri mereka juga. Bukannya kelemahan isteri, anak-anak, atau jiran. Atau kucing jiran.

Rasa hormat adalah satu perkara yang sangat kompleks. Jika suami sendiri tidak layak dihormati, adakah rasa hormat itu boleh timbul semata-mata kerana bergelar suami? Payah nak jawab.

Memang secara automatik isteri dan anak-anak wajib hormat kepada ketua keluarga. Namun rasa hormat itu tidak mudah datang secara automatik. Cakap senang la...

Para suami tidak boleh 100% menyalahkan pihak isteri dan anak-anak. Kena suluh dalam diri sendiri. Para suami mesti bertanya pada diri, sebagai suami adakah aku sudah buat yang terbaik, begitu juga sebagai ayah...

Sebagai suami adakah aku menjalankan kuasa dan tanggungjawab. Kuasa seorang suami adalah besar. Jika isteri mahu berpuasa sunat pun kena mintak izin...

Saya tambah lagi...saya beritahu kawan-kawan bahawa pada zaman ini amat sukar mencari lelaki yang boleh sara anak bini. Jarang sangat. Ini hakikat. Maka para isteri turut keluar untuk bekerja membawa rezeki ke rumah. Dan dalam banyak kes, si isteri pulak menjadi penyumbang terbesar kepada kewangan keluarga.

Bila sudah menjadi penyumbang terbesar, isteri menjadi dominan dalam keluarga. Bila menjadi dominan maka datanglah kuasa yang besar dalam membuat keputusan rumahtangga. Dan statistik juga menunjukan memang ramai kaum wanita banyak berpelajaran tinggi berbanding lelaki.

Apabila wanita terlalu asyik bekerja maka mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna atau mempunyai masa yang terhad untuk suami dan anak-anak (berbanding dengan isteri-isteri pada zaman mak bapak kita). Mereka sendiri mengeluh sebenarnya untuk mempunyai banyak masa dengan suami dan anak-anak.

Namun saya percaya ada juga isteri yang sudah begitu `selesa' dengan keadaan masa yang terhad bersama suami dsan anak-anak. Ya la bila sudah terlalu biasa...Haaa...

Tetapi ini membahayakan. Apabila berlaku sesuatu isu, di mana isteri lakukan kesalahan tetapi suami tidak berani menegur. Maka suami akan diam sahaja. Contohnya apabila para suami merasakan isteri mereka lebih banyak berada di luar rumah atas urusan kerja sehingga abaikan rumahtangga. Suami yang seharusnya menegur, tidak berupaya menegur. Mereka serba salah. Suami tidak berani menegur sebab isteri telah menjadi dominan dalam serba serbi. Mereka pendam sahaja.

Lama-kelamaan para suami jadi `pak pacak' dalam rumahtangga. Semua KEPUTUSAN isteri yang buat...semua URUSAN isteri yang buat. Terbalik kot dah...

Suami pulak yang kena respek isteri...dok gitu?






No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home