Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 7, 2014

Apalah hebatnya pada sebuah penipuan...?

Ada ke manusia di atas muka bumi ini yang tidak pernah ditipu dan menipu? Kalau ada tentu dia sebenarnya manusia yang terlalu cerdik atau hanya bernasib baik?. Atau dia bukan manusia...(dari planet lain). Haaa...
 
Payah untuk mencari manusia yang tidak menipu dan ditipu. Saya pernah ditipu, dan juga menipu. Cuma saya tidaklah pula saya menipu perkara besar sehingga seseorang itu mengalami kerugian atau patah hati. Tidak sampai begitu sekali. Tidak sesekali.
 
Minggu lepas seorang kawan beritahu dia ditipu sejumlah keseluruhan lebih kurang RM15K. Saya tidak terkejut sebab kawan saya itu baik hati. Tengok muka pun dah tahu sepsis naif. Mungkin sebab itu kot orang ambil kesempatan...He he he, sedap jea saya buat kesimpulan kan? Ampun...
 
Sebenarnya kita tidak tahu kita ditipu sehinggalah kita tahu kita ditipu (pelik ayat ni...). Tak ada magik untuk mengesan orang itu sebenarnya sedang menipu kita, Tidak kira kita belajar tinggi mana pun, memiliki PHD dan jadi professor. Kita memang tidak terhindar dari kena tipu. Orang yang menipu professor itu mungkin SPM pun gagal. Mungkin kan? He.
 
Kebetulan saya ada kenal rapat dengan seorang professor. Dia pun kena tipu...he he he. Masa dia buat PHD di luar negara, suami dia buat `PHD' di dalam negara. He he he. Akhirnya mereka bercerai berai. Kebenaran tidak boleh ditutup...
 
Haaa...tetapi orang terus menipu!
 
Tetapi ini bukan pasal kisah professor yang ditipu suaminya. [Orang lelaki/suami kuat menipu kot? Tapi orang perempuan pun lagilah pandai menipu dengan gaya ayu dan lawanya? Atau orang lelaki memang bodoh senang ditipu perempuan? Kita tinggalkan hal ini...sebab topiknya bukan penipuan dalam rumahtangga.]
 
Saya tanya kawan saya adakah dia masih lagi berkawan dengan kawan-kawan yang tergamak menipunya? Dia beritahu setelah dia ditipu, kawan-kawan dia tinggalkan dia. Maksud saya senyap gitu jea. Dah tak jadi kawan dah, tak kontek dah.
 
Maknanya kawan saya telah kehilangan kawan yang kawan saya beri hutang tersebut. Emmm. Harga penipuan itu rupanya sebuah persahabatan yang telah lama terjalin...
 
Tetapi orang terus menipu kan...
 
Abang Jan: saya pasti mereka yang pernah menipu saya itu tak ke mana juga akhirnya...Ha ha ha (ketawa dengan gaya jahat...he he he)
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home