Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 24, 2014

Perihal sisi gelap KPI (Key perfomence Indicators)




Kemajuan sesuatu tamadum manusia tidak sesenang membuat pudding, berlari setempat atau gosok baju. Pembentukan individulah yang membawa kepada masyarakat secara keseluruhannya. Maksudnya daripada tingkah laku individu dan menjadi kelompok individu dan seterusnya masyarakat. Ianya menuntut pengorbanan yang tinggi daripada masyarakat tersebut. Sangat tinggi tuntutannya kerana dalam proses mengejar kemajuan manusia mungkin bertukar menjadi` robot'.
 
Ramai cerdik pandai ada menyatakan kemajuan menjadikan nilai kemanusiaan luntur. Nilai kemanusiaan itu saya fokuskan kepada nilai kemanusiaan umum yang ada pada kehidupan asas kita. Contohnya, nilai keibuan, nilai persahabatan, nilai tanggungjawab dan keperihatinan.
 
Tidak salah mengejar kekayaan dan kecemerlangan namun dalam keghairahan itu kita kenalah juga menoleh kebelakang bimbang perkara yang tercicicr di belakang. Mungkin perkara yang tercicir itu sebenarnya perkara yang lebih penting.
 
Nilai kekeluargaan yang longgar bukan sesuatu yang enteng. Nilai kekeluargaan yang longgar mencipta masyarakat yang longgar. Begitulah kesannya, kesan akhir adalah kepada kemakmuran negara. Namun kita tidak pernah belajar kerana hambatan KPI itu sangat memberahikan. Sehingga matlamat menghalalkan cara.
 
Contohnya, walaupun media massa terutamanya media elektronik selalu memaparkan kisah kepincangan keluarga disebabkan kesibukan ibubapa dengan kerja, ianya tidak pernah berjaya menyedarkan masyarakat Malaysia. Tidak pernah. Tahniah!
 
Zaman 60an, 70an dan 80an, KPI (Key perfomence Indicators) yang diwujudkan tidaklah terlalu menekan dan ianya kebanyakan tidak terperinci dan tidak secara langsung. Namun bermula daripada tahun-tahun 90an, KPI mula disemarakan seolah itulah cara terbaik mencapai kecemerlangan dan kemajuan.
 
Apa yang barat buat kita buat... Tidak salah tetapi..?
 
Apakah KPI? KPI ini merengkumi angkubah-angkubah yang boleh diukur untuk mendapatkan mata kecemerlangan antara pekerja atau antara jabatan atau antara organisasi, sama ada di peringkat domestic atau dengan pihak luar. Kejayaan KPI dalam memajukan kuantitatif industry telah banyak terbukti dan diwar-warkan.Saya hanya mahu menyedarkan sisi gelap KPI yang mungkin secara diam-diam telah bermaharajalela dalan organisasi dan masyarakat.
 
KPI bukanlah segala-galanya. Walaupun ia satu ukuran, ia tidak dapat mengukur amanah dan keikhlasan. Dua perkara yang paling perlu dalam bekerja sebagai umat islam. Adakah ia dapat mengukur pekerja atau organisasi itu ikhlas dan benar? Haaa...
 
Kita mungking terpesong kerana kita bukannya bekerja kerana Allah tetapi kerana KPI. Senang sahaja nak terpesaong... Sangat senang.
 
Kewujudan KPI di organisasi sebenarnya sudah jauh ke depan berbanding dengan KPI kita sebagai seorang ibu atau bapa. Atau sebagai jiran. Malah yang mungkin jauh ketinggalan ialah KPI kita untuk akhirat.
 
Kita tidak perlu pergi jauh, kita boleh duduk dan mengkaji suasana tempat kita bekerja, bagaimana tuntutan KPInya. Jika kita di sector swasta ianya semakin menjadi keutamaan kerana ia berkait secara langsung untuk mendapatkan bonus dan kenaikan gaji pada setiap tahun.

Dan kita tidak boleh nafikan akan kemungkinan wujudnya penyelewengan kerana semata-mata mengejar KPI.

Jan: Mana KPI cinta mu?
 
 
 
 
 
 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home