Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 2, 2013

Dunia perfileman kita harus berubah niat dan bentuk.

1. Menjelang raya nan lalu saya berpeluang melihat filem Bunohan. Sebuah filem yang dilakonkan oleh Faizal Hussien. Saya tidak berniat mahu megulas filem tersebut. Namun saya berani menyatakan filem tersebut `lemas' dalam lambakan filem-filem lain yang bertema hantu, lawak dan genster (atau ketiga-tiganya sekali digabungkan dalam satu filem).

1.5 Namun terima kasih diucapkan seikhlas hati kepada pihak yang merealitikan filem sebegini. Dan mereka sebenarnya tahu apa akan jadi kepada nasib filem sebegini. 

2. Ketika banyak negara kelihatan berlumba-lumba mahu melahirkan filem yang membangunkan masyarakat dengan menyuntik elemen yang bertaraf tinggi, negara kita masih tidak tahu hulu hilirnya...(kiblat dunia perfilemannya).

3. Antara fungsi filem yang bagus ialah ianya menyuntik banyak elemen, tidak tertelan dek zaman. Bukan hiburan semata.

4. Malangnya filem Bunohan tidak dapat melekat kejap di minda masyarakat kerana minda tersebut sudah terlebih dahulu dikorupsi dengan filem-filem lain yang menjuruskan kepada hiburan. Hiburan yang melucukan, lucu sangat ke?

5. Umum disajikan dengam filem-filem yang menunjukan taraf hidup yang mewah, budaya konsumerisme, budaya hindonisme, kopek besar pelakon wanitanya, motor besar dan laju, dan diolog `bro' dan `gua', `i' dan `you', yang kononnya urban, urban sangat ke?

5.5. Kalau filem kita wajah kita, maknanya masyarakat kita hancur dah...

6. Bukan tidak boleh melahirkan filem sebegitu, namun ianya tidakbolehlah sampai berlambak-lambak. Kita seharusnya memberi nafas kepada cabang filem yang lain agar masyarakat celek apa itu filem dan fungsinya. kalau sekadar hiburan (main lompat katak pun adalah hiburan...)

7. Kata kawan saya yang tidak gemar menonton filem melayu "Menonton filem melayu buang masa'.

7.5. Pernyataan beliau rasanya kejam sangat. Namun kekejaman itu tidak membunuh filem Melayu, malah semakin memenuhi pasaran. memenuhi kehendak masyarakat yang cetek fikirannya, atau masyarakat yang mahu filem berfungsi hanya sebagai hiburan?

8. Jika negara Malaysia mahu wujud sebagai negara maju. Dunia perfileman Malaysia juga harus berubah bentuk. Harus pelbagaikan fungsinya. Fungsi sebenar filem.

9.Tunjukkan juga fungsi filem lain, contohnya untuk menyemai semangat cintakan negara.

Jan: Sudah menonton Tanda Putra.




2 comments:

Nong Andy said...

Saya juga jarang menonton wayang melayu..

Entah kenapa.. mungkin saya sudah mind set dlm otak yg ia tak best..


Maafkan saya..


Saya juga belum tgk tanda putera..

Best kah ceritanya. Saya baca.. byk kontroversi kononnya..?

Angah said...

pertama dan terakhir angah menonton filem melayu adalah filem 'tentang bulan' lepas tu semua duit tiket wayang dilaburkan utk menonton filem mat salleh

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home