Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, April 13, 2013

Saya telah bercerai 3 jam lalu



Semalam salah seorang sahabat baik saya bercerai. Saya terima khabar duka tersebut sebaik sahaja saya menuruni tangga masjid selepas menunaikan solat magrib. Sebelumnya, selepas sembahnyang saya berdoa solo pada tuhan agar khabar-khabar buruk tidak singgah lagi dalam hidup saya. Di dalam masjid itu saya berdoa sungguh-sungguh. Tak sangka pula bila keluar masjid, bila unsilent telefon bimbit,buka sms saya terus terima khabar buruk.

Tetapi posting ini bukan pasal nak menunjuk kononnya saya kaki masjid. Saya mengaku saya bukan kaki masjid (selain hari jumaat saya jarang ke masjid). Yang saya mahu tulis ialah rasa sayang saya pada kawan saya. Saya sayang dan kasih kepada kawan saya. Maksud saya, saya kesian jika penceraian itu akan membawa keburukan dalam hidupnya. 

Dalam sms tersebut beliau beritahu baru tiga jam beliau bercerai. Katanya juga dia tidak terasa apa-apa buat masa itu. Dan sms saya kepadanya saya tulis `selepas 2, 3 hari awak akan rasa sedih". Dan saya tidak pula sms lagi kepadanya kerana saya rasa dia perlu masa untuk bersendirian.

Sebenarnya saya telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut. Sebelum ini ada juga kawan saya yang bermasalah dalam rumahtangga dan menuju kehancuran bercerita pada saya tetapi saya selamba sahaja. Dan kadang-kadang terhembus juga di hati saya `memang patut bercerai pun'. Tetapi bila mereka bercerai taklah saya bertepuk tangan pula.He he he. Saya teruk tetapi tidaklah seteruk itu.

Sebenarnya saya tidak terkejut. Saya pernah cuba selamatkan perkahwinan itu sebab si suami adalah sahabat baik saya. Sebab seseorang itu tidak patut hidup sendiri. Kawan saya tersebut adalah kawan lama saya. Dia antara makhluk tuhan yang melayan saya dengan baik.Walaupun saya tidak kahwin, dia tetap melayan saya dengan baik dan tidak pernah membuatkan saya terasa. Tidak pernah tanya soalan bodoh pada saya. Kawan yang baik pastilah peka dengan perasaan kawan mereka. kan?

15 tahun dulu dia beritahu saya `hanya perempuan yang lemah lembut dan berhati halus sahaja layak menjadi isteri saya kerana saya berhati lembut' katanyalah. He he he. Dia tidak tahu sekarang saya sudah sekeras batu. Dan saya semakin teruk.

Sehingga kini masing-masing merahsiakan penceraian tersebut daripada keluarga masing-masing. Hanya saya  diberi hak ekselusif untuk mengetahuinya. Pada sebelah malamnya isteri kawan baik saya ada menelefon saya dan minta saya rahsiakan dahulu daripada kawan-kawan lain. Saya pula tidak sabar-sabar untuk menulisnya dalam blog ini. He he.

Dalam hidup saya, saya tidak pernah tanya kawan-kawan saya adakah mereka bahagia dalam perkahwinan mereka. Walaupun saya lihat ada di antara pasangan yang mukanya sudah hilang `glowing' dan kadang-kadang macam muka ayam berak kapur, saya tidak bertanya. Saya tahu itu hal peribadi. Reban masing-masing, ayam masing-masing...

Oleh kerana mulut saya ini jenis tempayan yang tidak boleh tutup, saya beritahu sahabat saya Adnan akan hal saya yang terus dapat khabar buruk sebaik sahaja berdoa pada tuhan agar tak ada khabar buruk. Kata Adnan khabar tersebut mungkin juga bukan khabar buruk kerana mungkin ianya merupakan takdir terbaik untuk pasangan tersebut. Saya terus sahaja percaya kepada Adnan sebab dia memang ala Madinah, sedangkan saya ala USA.

Kita kembali kepada tajuk posting... Saya bayangkan bagaimana mereka melaluinya. Sudah putus kasih sayang antara mereka. Apakah yang berlaku saat hilang cinta tersebut...? dan selepas itu saya terus buat-buat tidak  mahu memikirkannya. Buat apa fikir pasal orang? Kononnya. 

Namun dalam diam-diam saya berharap kawan saya itu rujuk semula atau kawin lagi. Kerana hidup seorang memarlukan kekuatan....Walaupun kasih sayang tidak akan kekal, tak ada kepastian akan kesudahannya, semua orang memerlukannya...emm.

Jan: Semoga mereka tabah...

4 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum.. :)

MemANG seronok tiap kali datang ke sini...kerana blognya selalu bertukar wajah....takdela boring... :D

Nong Andy said...

USA ke? hehe...

Dila Aziz said...

perceraian memerlukan kekuatan

Anonymous said...

bercakap pasal bercerai memang sedih tapi nak buat macamana dah habis jodoh, daripada makan hati tidak bahagia lebih baik ambil keputusan hidup masing-masing, cuma malangnya hal anak-anak bekas suami lepas tangan, tentu tidak adil..Tapi Alhamdulillah senjata ampuh sabar tawakal berusaha..semua anak-anak berjaya dalam bimbingan seorang wanita...bercerai tidak menyebabkan saya hilang akal kewarasan...setitis airmata tidak saya gugurkan kebumi hanya kerana seorang bekas suami yang tidak bertanggungjawab..saya sangat2 bersyukur kerana perceraian itu dan saya berterima kasih kepada dia diatas sumbangan penderitaan yang dia hadiahkan buat saya..jika tidak saya tidak akan menjadi seorang wanita hebat seperti hari ini. buat wanita diluar sana tak usah bersedih andai berlaku perpisahan kerana bukan penamat hayat kehidupan melainkan dijemput maha pencipta, tapi teruskan langkah, usah jadi wanita lemah, usah sangat bergantung harap kerana rezki sentiasa ada berusaha dengan penuh semangat waja...panjang bebel saya sukiman maaf di pinta, menyemak kat blog tuan hanya sekadar perkongsian ..saya wanita kampung.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home