Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, March 7, 2013

Sumbangan Suruhanjaya Cobbold (1962)

Kata orang kalau tidak tahu sejarah, jangan cakap banyak. Nanti orang tahu kebodohan kita. Haa... Kalau tak tahu tanya. Saya antara orang yang tak berapa tahu dan samar-samar bayangan. Maka saya carilah maklumat sana-sini untuk saya hadam dan khas untuk pembaca blog jankaulu. Maklumat dari buku sejarah tingkatan 5 pun ada, dari akib negara ada dan sebagainya.

Kita kena tahu yang mengikut skala di peringkat antarabangsa, salah satu syarat penubuhan sesebuah negara ialah persetujuan penduduk untuk menyertai dan menyokong penubuhannya. Tiada kekerasan dan keterpaksaan digunapakai. Oleh itu perkara ini (pensepakkatan persetujuan) diterima pakai la dalam proses penubuhan negara Malaysia. Kalau nak tubuh Malaysia pun pihak British kena tahu kedudukan `persetujuan' dan ini akan disahkan di peringkat antarabangsa (PBB).

Lord Cobbold (handsum jugak orangnya). Sumber.www.telegraf.co.uk
Untuk tujuan ini maka pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhan, diketuai oleh Lord Cobbold. Kita terhutang budi kepada beliau dengan kerja kerasnya dan kumpulannya untuk menyiasat dan menyediakan laporan dan cadangan. Lihat gambar di atas, beliau sedang posing dengan gaya tradisi iaitu memegang pen dan memandang ke arah kamera. Nampak macam serius tetapi naluri saya menyatakan beliau adalah seorang yang kelakar dan ada unsur humur yang tinggi.

Sumber:www.arkib.gov.com

Ia turut diaanggotai oleh oleh Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie. Tan Sri Ghazali Shafie ini adalah sejarawan ulung negara kita.


Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a)    Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b)    Membuat syor-syor perlembagaan.

Antara tugas lain:

• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertbuhan.



Ketibaan di Kuching. Sumber: www.mysarawak.org.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.

Bersalam dengan orang-orang kampung. Sumber: www.mysarawak.org.

http://www.epubbud.com

Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a)    1/3 menyokong kuat Malaysia
b)    1/3 menyokong dengan syarat
c)    1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a)    Nama persekutuan baru – Malaysia.
b)    Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c)    Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d)    Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e)    Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f)     Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g)    Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.

Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia

Namun begitu mengapa Malaysia ditubuhkan pada 16 seotember 1963? Haa...ada jawapannya tu...

Jan: Sejarah mengajar aku untuk tidak bercinta lagi...Hu hu hu.

1 comment:

Adie Achim said...

dan rasanya kalau uncle Lord Cobbold ni masih ada dia mesti tulis blog. humor blog..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home