Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 28, 2013

Pemakanan untuk orang tua

Asalamualaikum Abang Jan ucapkan kepada pembaca setia blog ini, yang tidak setia turut Abang Jan ucapkan salam juga. 

Abang Jan masih muda. Abang Jan memerlukan 17 tahun lagi untuk digolongkan sebagai golongan wargaemas. Mungkin sekarang Abang Jan berada dalam katogeri wargaperak atau wargasuasa, entahlah. Mereka memandai menggunakan perkataan `emas', walaupun sebenarnya bila kita sudah tua kalau silap gaya taraf dan nilai kita umpama `bijih timah' jea, he he he. Jangan marah.

Pun begitu mulai daripada sekarang Abang Jan berniat untuk jaga badan Abang Jan yang montok ini. nak berhenti ternak lemak. Nak dapatkan badan yang mantap. Bukannya untuk menunjuk dengan berlari jogingan tanpa pakai baju atau buat-buat buang sampah depan rumah sambil tayang sikpak (dengan harap jiran nampak badan kita). Abang jan juga tidak mahu menjadi macam Malek Noor tetapi semuanya demi kesejahteraan kesihatan Abang Jan. 

Irama dan lagu, kuku dan isi, Romeo dan Juliet maka elok sangatlah pemakanan atau makanan kita `dan'kannya dengan penyakit. Haaa... Sebab itulah kita kena berhati-hati dengan apa yang kita nak sumbat ke mulut kita.

Apabila kita tua kita akan mengalami:

  • Kekurangan deria rasa dan bau

Bila la gigi palsu aku nak siap?
  • Kehilangan gigi
  • Kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan untuk melakukan aktiviti fizikal
  • Kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan
  • Kurang kekuatan jantung dan paru-paru
  • Kurang kandungan air dalam badan

Sebenarnya Abang Jan telah melalut, posting ini sepatutnya khas Abang Jan tujukan kepada pembaca yang tinggal bersama ibubapanya yang berstatus wargaemas. Semoga mereka ambil tahu akan makan minum ibubapa mereka. Suami/isteri boleh dtukar ganti, ibubapa tidakkkk... Janganlah duit pencen mereka kita `kebas' tetapi tidak pula menjaga kebajikan mereka.

Kita sedia maklum mereka mengalami 6 perubahan di atas yang akan akan mempengaruhi pemakanan mereka. Gigi pun tidak ada, kandungan air kurang dalam badan dan sebagainya seperti di atas. Kita bubuh sebotol perasa vanila dalam kueh pun mereka tidak dapat baun sangat. Bila tak berbau tak menyelerakan la...

Maka di sini Abang Jan sertakan diet yang betul untuk mereka yang sumbernya dari akhbar Utusamn Malaysia. Kita boleh buat panduan sediakan makanan untuk mereka. Dahulu masa kita kecil mereka jaga makan minum kita, dan begitulah sebaliknya bila kita besar kitalah menjaga makan minum mereka pula. 

Jangan laaaa kita impi anak kita menjaga kita dengan elok kalau kita sendiri buat ala kadar seperti melepaskan batuk di tangga atau seperti buat kueh untuk jualan... Haaa.

Contoh sajian sehari untuk warga tua:

  • Sarapan : secawan bubur nasi, sesudu makan bilis tumbuk dan setengah cawan minuman bersusu
  • Minum pagi :sekeping roti mil penuh, sesudu teh jem, sebiji pisang, secawan minuman bersusu
  • Makan tengah hari:secawan nasi, seketul ayam masak kari, setengah cawan sayur bayam, sebiji limau nipis, air kosong
  • Minum petang : sepotong kuih, sebiji pisang, secawan teh O
  • Makan malam : secawan nasi, sekeping ikan tenggiri masak asam pedas, secawan sup sawi campur tauhu, sepotong betik, air kosong
  • Minum malam : tiga keping biskut krim kraker, secawan minuman bersusu.


Sekian dahulu daripada Abang Jan, ada masa nanti berceloteh lagi...

Jan: selalu bermenukan duka. Makan hati...ulam, dan jantung.



1 comment:

Anonymous said...

yang muda pasti tua.... yg pasti kita kna perlengkapkn diri dgn amalan utk menemui pencipta....

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home