Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 28, 2013

Saya sudah cuba Rapid Kuantan

Sabtu lepas saya ke pusat servis Produa di Indra Mahkota. Kereta saya sudah 100,000 km. Selepas saya berurusan di kaunter saya terus berjalan kaki menuju keluar ke jalan besar. 

Sementara menunggu kereta di servis, baiklah saya pusing bandar Kuantan. Lagipun tambangnya percuma hingga April 2013.

Bukan tunggu di sini
Saya menunggu di sini. Tidak sampai 15 minit ada bas berhenti. Pemandu bertanya saya nak ke mana. Saya yang gelabah terus beritahu kononnya hendak ke Megamol. Pemandu tersebut menyuruh saya menunggu di seberang jalan sana. Sambil menunjukan tangannya ke arah seberang jalan.

Kena tunggu di sini
Maka saya terus melintas jalan menuju ke tempat menunggu bas di tepi jalan. Rujuk gambar di atas. Di sini juga saya keseorangan. Mungkin ramai yang tidak bangun lagi. Tetapi jam sudah pukul 10 pagi. Atau orang lain keluar lebih awal?


Ada kasut di tengah jalan
 Saya nampak ramai kereta yang mengelak di tengah jalan. Rupanya ada kasut. Entah kasut siapa tetapi hanya sebelah. Saya mahu mengalihkan kasut tersebut tetapi terlalu banyak kereta. Lama barulah saya berjaya ambil kasut tersebut dan letak di tepi jalan.


Tempat perhentian bas ini tiada atap dan tidak juga disediakan tong sampah. Maka bertaburanlah sampah sarapnya. Selamat datang ke Malaysia. 

Di tiang tempat tunggu bas tersebut saya bersenam sambil makan roti (roti yang 80 sen), saya sumbat plastik dalam poket sahaja. Tidak tergamak nak buang di situ.

Saya sms azniza beritahu saya tengah bersenam.

Longkang penuh dengan sampah


Sekoyang-koyang bas pun sampai. Bas ini selesa. Berhawa dingin dan ada televisen. Dan tempat duduknya besar. Namun semasa saya naik, tidak ramai penumpang. Mungkin pagi sabtu ramai lagi dalam kain selimut. Mungkin.

Saya dapat juga tiket percuma, he he he

Malu jugak naik-turun bas ni, macam orang tidak tentu arah hala tujuan hidup. Tetapi saya buat selamba sahaja. Boleh lihat gelagat orang. Ada yang naik bersama-sama kawan-kawan tetapi tidak ramai. Mungkin hari sabtu tidak bekerja. 

Kuperlihatkan...Rapid Kuantan

Semasa saya naik bas, saya terkenang penghijrahan saya ke negeri pahang. Setakat ini telah tertulis rezeki saya di Pahang, namun saya berharap suatu hari nanti saya balik semula ke Terengganu.


Kalau nak `stop', tekan ni


Semua bas berhenti kat Terminal Makmur. Saya turun si situ untuk makan pagi. Saya makan mee sup. 

Saya dapati bas express masih beroperasi di terminal Makmur. Mungkin lambat lagi terminal bas Kuantan yang besar itu siap. Yang depan mahkamah tu, dekat dengan rumah Adnan. Senang la Adnan nanti ke mahkamah kalau kena saman.

Bas habis di terminal Makmur

Saya rasa bersyukur sangat sebab ada perkhidmatan ini. Dapat memudahkan para pengguna nak ke mana-mana. Kalau naik teksi, mahal tambangnya. Bukan semua orang mampu. Saya juga teringat zaman-zaman remaja saya berbas mini dulu, he he he.

Tertunai juga akhirnya projek kerajaan mahu mempertingkatkan kemudahan awam. Dengan adanya perkhidmatan ini mudahlah warga Kuantan hendak ke mana-mana. Bas ini juga ke Gambang dan Bukit Goh. Bukan sekadar berligar di kawasan bandar sahaja.


Jan: Sekian sahaja. Selamat mencuba...

2 comments:

M said...

wah rindunya nak pg kuantan tu semula..pekan gak...makin maju :) dah ada bas rapid

Anonymous said...

ahha...this entry makes me laughed while scroll on it :D Nice..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home