Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 30, 2012

Berbukalah dengan ringkas...dan ikhlas

Asalamualaikum dan salam 1Malaysia buat pembaca blog Abang Jan,

Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. Semoga kita sama-sama menjalani ibadat ramadhan dengan sekelas-kelasnya gitu. Kali ini Abang Jan masih mahu berceloteh pasal perihal perangai orang kita bila berbuka. Abang Jan tidaklah menuju posting ini kepada golongan tertentu. Semua kelompok masyarakat mungkin mengalami apa yang Abang Jan tempohi. Mungkin seorang ustad juga melakukannya kerana nafsu itu dimiliki oleh semua manusia. Adanya.

Abang Jan juga tidak bermaksud untuk upkan diri Abang Jan yang hina ini. Abang Jan tulis apa yang Abang Jan telah lalui dan jalani dalam hidup Abang Jan. Abang Jan tidaklah lebih bagus atau baik daripada kamu semua. But i love you all (amboi macam superstar pula Abang Jan ni, he he he)

Zaman Selok Kera

Mungkin kerana faktor usia, Abang Jan tidak lagi selok kera apabila membeli juadah di bazar ramadhan atau semasa berbuka. Dulu tidak cukup jari nak pegang juadah. Sekarang Abang jan sudah meninggalkan zaman membeli dengan banyaknya (dan makan dengan banyaknya). Dan akhirnya membazir dengan banyaknya.



Sedih pula bila ingat perangai Abang jan yang dulu, yang pabila membeli, beli banyak dan membazir akhirnya. Terkilan juga bila teringat berbuka bukan sahaja berbuka dengan aneka makanan tetapi juga pelbagai minuman!. Sedangkan di Afrika mereka berbuka dengan air mata...

Selamat tinggal semua! (macam nak naik kereta api pulak rasanya, he he he). Abang Jan tidak sangka Abang Jan boleh berubah sedemikian rupa. Tahniah untuk Abang Jan.

Sebaik-baik adab?

Abang Jan sudah mula berfikir sebaik-baiknya kita menjaga adab makan  pada bulan puasa kerana kita hendak menghormatinya. Kita cuba hayati intipatinya, kita makan sama sahaja seperti bulan-bulan tidak puasa...Haaa. Setuju tak?

Tentu kalau kita nak aplikasikannya iaitu makan ikut biasa, bini/laki kita mungkin akan kata " Dah buang tabiat ke awak ni?". Haaa, he he he. Tetapi betul, kalau nak ambik semangat ramadhan begitulah sepatutnya dan bukannya makan dengan lebih lahap (layan nafsu) kerana kononnya dapat lesen sebab berlapar sepanjang hari. Bila berbuka terus bedal.

Konsep atau mentaliti "Kita kena makan sedap-sedap sebab kita berpuasa seharian" kita hapuskan. Kita lanyak! Kita ambik konsep itu dari kepala otak kita, kita lontarkan jauh ke hujung dunia. Kita berbuka dengan ala kadar sahaja...Tara...

Bukannya tiket atau lesen


Berpuasa bukanlah lesen, tiket atau autoriti untuk kita berbuka dengan gaya mewah atau kononnya nak rewok (anugerahi) diri. Puasa yang sempurna bagi Abang Jan  bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan melakukan perbuatan yang membatalkannya tetapi juga bila berbuka, berbuka dengan sempurna. Bukannya lepas baca niat buka puasa, terus express makan tak ingat dunia. Haaa... Bukan nak mengata orang, Abang Jan dulu gitulah... Abang Jan bedal sampai tak boleh bangun, sempurnakah puasa Abang Jan?.

Mee goren RM2

Tetapi kini Abang jan ucapkan tahniah pada diri ( dah jadi satu penyakit ke ni? Tahniah pada diri sendiri?. Tapi ada juga tepukan untuk diri sendiri. Kalau tak percaya cuba libatkan diri dengan jualan langsung. Pasti ada adegan `tepuk untuk diri sendiri" kerana berjaya. He he he. Biasanya mereka jerit `semua bangun'. Dan kita pun kena bangun. Dia akan kata `satu tepukan untk diri sendiri". Kelakar bunyikanya kan? Tapi selamat datang ke Malaysia. Eh kot-kot di negara orang lain pun gitu jugak. Entahlah)). Kita kembali kepada tajuk sub-displinnya iaitu " Mee Goren RM2".

Sepanjang ramadhan ini sekali sahaja Abang Jan sentuh nasi. Itupun kerana Abang Jan menerima jemputan daripada kakak Abang Jan untuk sama-sama berbuka dengan nasi di restoren bersama keluarganya. Biasanya Abang jan hanya berbuka dengan mee goren RM2 semata-mata. Oh yea Abang Jan juga pernah berbuka dengan Mc Donal atas urusan kerja mengiringi projek pelajar. Yang lain-lain Abang jan berbuka dengan mee sahaja.

Mee goren itu Abang Jan membelinya di bazzar ramadhan. Yang harga RM2. Abang jan lalu banyak gerai yang jual makanan yang enak-enak namun buat tak tahu. Hakikatnya Abang Jan teliur sangat ayam panggang dan kueh muih. Namun Abang Jan terus berjalan lurus macam robotcop dan buat-buat tak tahu pada `panggilan' selera makanan tersebut. Abang Jan nekad hanya beli mee goren RM2 dan balik Abang Jan buat tea o.

Berlakon konon...




Abang Jan juga sengaja makan atas lantai, bukannya atas karpet baldu yang Abang Jan beli kat Nilai tu.  Abang Jan tak makan atas meja kayu jati Abang Jan (yang RM4800, yang lelah bayar bulan sampai bertahun tu).

Abang Jan juga ambik pinggan plastik yang murah bukannya yang RM60 sekeping (yang bayar bulan-bulan tu, main kutu). Dan masa berbuka Abang Jan pakai t'shir pagoda jea untuk hayati keadaan poverty. Dan Abang Jan berlakon bahawa diri Abang Jan hina, terbuang, terpinggir, teraniaya dan sebagainya....

Apa yang ingin kita tanamkan?

Kalau kita fikir betul-betul, memang perbuatan kita ditiru oleh anak kita. Hakikatnya kiita mahu anak kita jadi lebih baik berbanding kita (sapa yang tak ada anak baca jealah. Sapa yang tak ada anak kerana tak kahwin tu, sabar jealah kot-kot ada la nanti oarang minat kat kita, orang nak ke kita nanti. Yang dah kawin tapi tak ada anak tu, sabar jugaklah sebabnya nanti ada la `hadiah' yang tuhan beri di akhirat (kalau di dunia ni tak ada anak). Mana-mana masyarakat yang kuat mengata tu, nanti anak andai perangai macam keledai baru tahu, he he he, sempat juga mengata orang di bulan puasa. Ampun...).

Kembali kepada sub disiplin tajuk posting. Kita selalu buat kesalahan-kesalahan tanpa sedar depan anak-anak. Kita tunjuk perangai buruk kita pada anak-anak tanpa sedar. Hakikatnya kita mendidik dengan cara yang tidak betul, tidak ikut tuntutan sepatutnya.

Kita terkesima bila anak kita asyik ajak kita makan kat luar, " Ala... ayah jom makan kat luar!. Kat luar best. Ada udang, ada galah, ada ayam, sotong, kambing, bla---bala". Pada masa ini kita patut suruh bini kita tampar pipi kita 3 kali (jangan pula tamparan manja yang berakhir di bilik tidor, haaa, bahaya!). Kita suruh bini kita tampar kita tu sebab kita la juga ajar anak kita selok makan kat luar. Contohnya kita sengaja umpan/ajak makan berbuka kat luar atas dasar kat luar lebih banyak makanan serba maknika boleh makan dan lebih selesa sebab tak payah basuh pingan lepas makan. Kita tak ajar anak-anak kita makan secara bersyukur...haaa.

Kerana allah

Semasa kita berbuka tentu kita nak makan kerana lapar. Tak sabar lagi kita renung/telanjangi juadah depan mata. Amboi ghairahnya air kelapa muda tu!. Bestnya ayam percik!. Tetapi sepatutnya kata ustad Othman kita makan kerana allah. Masa tu saya terus insaf sekejap. Ustad Othaman ni semua perkara dia kaitkan kepad allah. Bukan macam kita ni yang upacara agama jea kaitkan dengan allah, yang lain-lain tu ikut hati kita jea, kan?.

Katanya kita sebagai hamba, makan kerana allah bukannya kerana kelazatan semata-mata. Saya terus insaf, kalau tidak kerana kawan yang saya benci tu ada juga sama-sama turut mendengar, tentu saya menangis insaf di situ juga. Tapi tak jadi menangis sebab nanti dia war-warkan pula kepada dunia saya menangis. Dia memang begitu. Geram gitu. Dulu pernah dia beritahu orang saya sebenarnya sudah kahwin tetapi playboy!. Saya nafi saya sudah kahwin! yang saya playboy tu, saya akan nafi kemudian, he he he.

Kita kembali kepada ustad Othaman, katanya kalau kita makan dalam keadaan tenang, redha kerana allah. Maka bertukarlah action makan tadi daripada makan semata-mata kepada ibadat! Tara....Haaa.

Ni kita tak, makan kerana nak buka puasa. Buruk lantak pulak tu. Kita jadi kawan syaitan kerana membazir! He he he.


Muka seposen





Boleh sekali sekala bawa keluarga, anak-bini makan di luar, tak ada kementerian nak halang, tak ada parti politik pembangkang nak bangkang. namun tanggungjawab bapalah menjadikannya sebagai satu ibadat. Tanggungjawab bapa berat dan haruslah secuba upaya melaksanakannya.

Janganlah pula kita jadi suami yang kufur atas nikmat. Orang lain tak ada bini pun, peluk bantal jea (saya lah tu, he he he. Berbuka sorang diri jea dengan mee RM2, sedih pulak rasa, belas pun ada.). Jangan kita buat muka seposen kepada isteri bila dia buat lauk sedikit atau tak menyelerakan. Jangan kita buat gini depan anak-anak. Muka seposen kita tu nanti ditiru oleh anak-anak kita. Tension bini kita nanti kalau laki dan anak-anak mogok sebab lauk tak best. Perkara inim sering terjadi di kawasan Malaysia Barat, juga mungkin terjadi di Malaysia Timur dan beberapa negara anggota ASEAN.

XXX

Sebenarnya sebagai manusia kita sering alpa. Kita sering aniaya orang dan diri kita sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maka kita cubalah ubah apa yang patut. Nak ubah sekaligus maha payahnya sebab perangai kita hudoh sejak kecil lagi... (kesimpulan posting ni macam tak kena jea kan?)

Kesimpulannya, berbukalah dengan ringkas... (ni baru kesimpulan yang ok sikit kot.)

Jan: Bagaimana hendak menyambut hari raya yang sempurna? Haaa?

4 comments:

wawadave said...

bilakan abg jan nk jmput kami (the underground fmily) ke rumah mnumpang bbuka? mkanan bwk sdiri mudah..hihhi

Eja said...

ya..sy pun nk tanya soklan yg sama....

Adie Achim said...

Kerana entri ini menyebabakan saya kansel tempahan makan di hotel. Keranamu abang Jan :)

Nong Andy said...

cilinya pedas sekali sebab aku ke bazaar hingga habis RM32.50 :p

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home