Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 10, 2011

Budget: Naik gaji, tuisyen anak?

Semasa saya lalu depan stor sebuah pejabat pos (saya pakai seluar panjang), saya terdengar perbincangan hebat dari dalam stor pejabat pos yang berada betul-betul di sebelah pejabat pos. Saya sebenarnya nak ke pejabat pos. Bila sampai baru saya tahu hari sabtu pejabat pos tutup. He he he.
" Sikit sangat naiknya" Saya terdengar, saya berhajat nak berhenti mengintai atau terus mendengar. Namun takut pula dilihat orang. Lagipun saya bukan wartawan.
" Alhamdulilah lah, pada tak dapat langsung" Kedengaran ada orang menyampuk.
Seperti biasa payah kita nak puaskan semua orang wahima bini kita pun. Kita je berlagak. Mana tahu, mengerang bukan petanda puas. He he he. Tapi ini bukan seks punya cerita. Nanti ada orang melenting.
Budget kali ini juga dilihat sebagai budjet diceduk dari `tawaran' pihak pembangkang kepada masyarakat Malaysia. Maknanya Barisan Nasional tak ada idea langsung? Tak kira lah ceduk ke `bawa lari' ke, he he he. Yang penting rakyat terkesan.
Saya ada menulis sebulan dulu yang gaji kakitangan awan sepatutnya dinaikan (jika ada yang masih ingat). Dan kerajaan telah mengotakan janjinya. Biarlah dapat sikit daripada tak dapat langsung.
Sana-sini orang bertanya saya (sebab saya pensyarah ekonomi?). Saya tak jawab `diret' cuma saya kata yang lebih penting bajet isirumah kita tu kena jaga. Laki bini dok semangat naik belanja. Nak tukar itu ini. Langsir dan spot ring kereta!
Tak ada sorang pun kata `Alhamdulilah, bolehlah antar anak tuisyen, tambah subjet" Tak ada. tak ada dan tak ada...
Jan: Budget gersang...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home