"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 7, 2011

Pertanyaan Qhasyalea...



Bekas pelajar saya yang sudah lama bekerja, bertanya mengapa bila sudah lama berkahwin, bila berjalan sudah tidak berpegangan tangan?
Saya tidak tahu jawapan yang tepat, sebab saya tidak pernah berkahwin walaupun pernah berpegangan tangan. Namun saya cuba jawab. He he he. Saya tak nak cuba salahkan suami atau isteri atau kerajaan Barisan Nasional. Ada kawan saya, semua kerajaan buat tak betul. Saya sudah 11 tahun berkawan dengannya, ya memang tak ada yang betul. Buka surat kahabar (khabar) dia baca dan terus kutuk.
Saya tak nak cerita pasal bekas kawan saya tetapi pasal bekas pelajar saya. Saya nak jawab soalan tu... Jawapannya:
"Mungkin bila kita dah miliki sesuatu itu kita dah alpa dan tidak rasa kehangatannya dan lantas tidak menghargainya...haaa."
Ok tak jawapan saya, boleh dapat A+ tak? Ke C- jea?
Jan: Inilah manusia...he he he.

7 comments:

amilia said...

A +++ ....;), harap harap kalau saya atau encik kawen nanti, kita tak alpa dan masih ingat untuk menghargai...

misskandorian said...

amit...like sgt ur comment...


p/s: encik sukiman, sy pun bekas student KSP tpi encik tak penah ajar sy...peaceeee

amilia said...

Laila, selalunya memang begitu kan...:)

sukiman said...

ramai juga rupanya bekas pelajar KSP yang kenal saya,semoga awak sihat...

Mama Shinta Musraika said...

bagi can la.. A++ :)

Anonymous said...

Jangan ada dusta diantara kita" hehe

Anonymous said...

seronok saya membaca blog awak saudara sukiman..

.