"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 13, 2011

Perihal rumah terbuka dan satey




Banyak makanan di atas meja, ada nasi minyak, nasi dagang, mee goreng, ketupak rendang dan soto. Biskut raya pun ada. Namun saya dapati makanan yang paling laris adalah satey.

Saya duduk di penjuru kerusi sofa (Sofa L), saya perhatikan gelagat rumah terbuka kawan saya. Tadi saya dah jamah nasi minyak, saya rehatkan perut seketika untuk makan soto...nanti.

Rumah terbuka ini bermula pada pukul 5 petang sampai 11 malam. Rajin yea tuan rumah melayan tetamu. Kalau saya tak kuasa lah lama-lama. Saya akan pilih pukul 8 malam sampai 10 jea. He he he. Memang saya terus nak balik selepas makan tadi tetapi tuan rumah suruh duduk lepak dulu dan balik pukul 11 malam. Katanya kalau balik, malam ini kena datang lagi.... "Nanti ramai kawan-kawan datang tak seronok kalau Man tak ada..." Tambah tuan rumah. Saya yang naik riak, terus duduk untuk seketika.

Tapi ni cerita satey. Secucuk satey harganya dah 50 sen. Kalau kita makan 5 maknanya RM2.50. Namun saya lihat sekeluarga tersebut makan lebih daripada 5 cucuk seorang, he he he. Katalah kalau makan 5 cucuk, rm2.50 x4 = RM10. Maklumlah 4 anak tengah besar suka makan satey. Saya juga lihat pasangan suami isteri tersebut juga giat makan satey. Mereka makan satey dulu baru makan makanan lain. Secara kasar saya menjumlahkan lebih daripada RM15 bagi keluarga tersebut sahaja... kalau 10 keluarga dalam RM150...saya menghitung.

Saya bukannya mengira/kedekut tetapi saya kesian sebab tetamu yang selepasnya tak dapat pun merasa satey. Saya rasa kalau pergi rumah terbuka kena juga berhati-hati dalam makan, maksud saya makanlah 3 cucuk sahaja sebelum makan makanan lain. Sebab satey yang disediakan adala sebagai sampingan sahaja.kalau lapar sangat nak makan satey pergilah ke kedai satey, he he he.

Mahal juga harga satey kan, ya lah sekarang semuanya mahal.

Jan: Kemudiannya masa saya makan soto tu, saya makan dengan tertib, saya bimbang ada pulak orang mengira berapa ringgit harga makanan yang saya makan, he he he.

No comments:

.