"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 6, 2011

P. Ramlee: Erti yang sakti - Ahmad Sarji

Bila saya balik ke Kuantan, hati saya tak tenteram. Saya rasa amat bersalah kerana memarahi emak dan ayah di pagi raya. Sepatutnya saya minta maaf, bukan marahkan mereka. Mereka nak saya bahagia...



Apabila saya sampai ke Kuantan, duka masih berlarutan. Malamnya saya ke East Kost Mall, Kuantan. Seperti biasa kalau saya serabut perut saya akan ke kedai perabut atau kedai buku. Kalau ke pusat beli belah kalau tak ke kedai buku tak sah kunjungan saya ke situ.



Mengenangkan apa yang berlaku di pagi raya, kekadang saya rasa hidup saya tak bererti, Walaupun ada pihak yang beritahu pencapaian saya dalam hidup sudah boleh dikatogerikan sebagai `not bad'. Lantas saya sambar (dengan kad kredit) buku `P Ramlee: Erti yang sakti'.








Balik ke rumah terus saya heret tilam ke ruang tamu, saya mula membaca, pukul 3 pagi baru saya berjaya `habis'kan buku ini. Memang P Ramlee manusia luarbiasa. Walaupun dalam sebulan tak sampai pun 10 hari dia ke sekolah (he he he), dia tidak menjadi seorang yang bodoh dalam kehidupan. Malah menyumbangkan sesuatu yang besar untuk pengukuran pencapaian bangsanya.





Buku ini setebal 400 helaian. Sebenarnya dulu buku ini pernah diterbitkan pada tahun 1999 (cetakan pertama) oleh Pelanduk Publication, dijual dengan harga RM99.90. Pada masa tu ianya sangat mahal dan di luar kemampuan manusia di planet bumi seperti saya. Dulu saya pegang buku ini, dan sematkan dalam hati, suatu hari saya akan membelinya...





Kini MPH pula menerbitkannya (2011). Bagus usaha MPH menerbitkan buku yang membawa maklumat tentang tokoh dan pembangunan bangsa. Tahniah saya ucapkan untuk MPH!. Buku ini dijual dengan harga RM39.90 sahaja.





Rupa-rupanya hidup saya ada juga persamaan dengan P Ramlee...(pulak dah, nak jugak...). Bukan dari segi pencapaian hidup tetapi dari segi masa muda kami tak berapa handsum. Semuanya terserlah apabila melepasi usia remaja. Semasa P Ramlee muda remaja, beliau taklah handsum mana, kurus kediding. Tapi kami tetap bersyukur...Saya tetap bersyukur apa jua kehendakNya.




Dalam buku ini ada disertakan juga pelbagai sinopsis filem dan gambar-gambar cerita dari filem P Ramlee. Saya teruja apabila melihat/membaca cerita `Ibu Mertuaku' (lihat gambar di atas). Cerita ini mengajar saya yang di dunia ini memang ada manusia yang jahat. Tak berhati perut, pentingkan nafsu sendiri, hidup menyusahkan orang. Penipu!










Di Malaysia, selain raja-raja dan perdana menteri, jangan harap muka kita yang handsum ini dibuat stem. Tapi P Ramlee hebat! Dia orang biasa yang tak bersekolah tinggi tetapi diabadikan dengan stem. Kita? Setakat dalam album jea...tu pun leni setakat dalam kamera jea...(sebab tak gi cuci, he he he).





Terlupa saya nak beritahu, pengarang buku ini ialah Tun datuk Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (bekas setiausaha negara kita). Dia amat minat pada keistimewaan P Ramlee. Dia telah lakukan banyak kajian. Dia hasilkan buku ini sebagai sebuah enisiklopedia P Ramlee. Lihat gambar dia dengan isteri di bawah.








Kalau umur saya panjang. Kalau saya diberikan tuhan kesihatan dan kesenangan hidup. Saya mahu menulis sebuah buku mengenai Datok Sharifah Aini. Saya bukan sahaja percaya dan yakin dia adalah penyanyi terhebat yang pernah Malaysia lahirkan, tetapi yang menakutkan ialah saya juga percaya tidak akan ada penyanyi yang akan lahir, akan sehebat dia.


Jan: harapan dan cita-cita saya hebat. Tidak cukup hanya dengan satu hayat masa umur manusia untuk saya merealisasikannya. Saya sibuk `ke tengah dan ke tepi'...mungkin pada akhirnya saya tak dapat lahirkan/hasilkan apa-apa...

No comments:

.