"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 12, 2011

P Ramlee: The Bright Star

Semester baru akan bermula pada 19hb 9 minggu depan. Sementara masih ada masa, saya beli beberapa buah buku untuk dibaca. Bila semester bermula saya tak ada banyak masa untuk membaca buku (alasan ni...he h eh). Maka antara buku yang telah habis baca (selepas raya) ialah P Ramlee: The Bright Star yang ditulis oleh James Harding.
James Harding (dr) ini dulu merupakan pensyarah di di Universiti Greenwich. Beliau pakar dalam muzik, teatre dan kesusateraan Francis. Banyaklah pencapaian beliau yang saya tak mampu tulis di sini. Kalau kira, dah lebih 20 buah buku beliau hasilkan (kita ada buku 5 je...he he he).


Tetapi yang menariknya, beliau menulis mengenai P Ramlee kita. Kawan-kawannya di sana pelik sebab sebelum dia mati, dia selalu berulang alik ke negara kita untuk kaji P Ramlee kita. Dia minat giler pada hasil karya P Ramlee. Dengan bantuan Ahmad Sarji (Tun), beliau hasilkan buku ini.


Beliau kagum dengan P Ramlee kerana P Ramlee banyak menggunakan ilmu dalam menghasilkan karya. Malah dia beritahu dalam bukunya P Ramlee adalah luarbisa. Saya ada kawan yang tak suka cerita P Ramlee. Saya no komen...(saja jea kata no komen, kot-kot nanti saya posting satu penulisan komen pasal dia, he he he).


Buku ini setebal 280, terbitan MPH juga. Harga RM39.90. Oleh kerana diterbitkan dalam bahasa inggeris, saya membacanya dengan lambat dan lemah gemalai, dan dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka (kamus dewan).

Oleh kerana buku ni orang luar buat, saya dapati ada `index' kat belakang. Senang kita nak buat rujukan.



Ada senarai lagu dan lengkap dengan butirannya.



Gambar pun ada....



P Ramlee, ada karisma yang tinggi dan auranya walaupun Jins, Ahmad Mahmud, Mustafa Maarof (sekadar menyebit beberapa nama) lebih `balak' dan handsum tetapi P Ramlee terhebat! Tiada tara gaya dan pesonanya... Lihat gambar di atas, dengan pokok buluh pun beliau bergambar.


P Ramlee masa muda...remaja. Gel rambutnya bukan main banyak yea...


Ayah dan ibu P Ramlee...



Buku ini lebih merupakan kajian dan perincian akademik tentang P Ramlee. Kalau pihak luar nak tahu tentang P Ramlee kita, moleklah mereka syorkan membaca buku ini. Kalau nak beri buku Melayu, haram mereka tak faham.
Setelah saya membaca buku ini, kekaguman saya kepada P.Ramlee menjadi berlipatganda/kuasa dua.

Jan: Sayu dengar lahu "Engkau laksana bulan"....

5 comments:

Mama Shinta Musraika said...

5 buku??

sukiman said...

Tu sejenis simpulan bahasa

Buku lima (Clenched fist)

Contoh ayat: Jimmy menyumpah seranah bininya sambil menghentam buku lima di meja (meja jati yang ibu mertuanya hadiahkan sempena perkahwinannya).

sukiman said...

Buku 5 sebenarnya bermaksud `penumbuk...'

Contoh ayat: Anuar naik marah lalu menunjukan buku limanya ke arah Saiful Sumpah.

Mama Shinta Musraika said...

hahaha... memula ingatkan 5 buah buku. rupanya penumbuk buku lima. siap ader cth ayat lagi yer bro.. dah namanya pensyarah hehe(jan marah gurau jer) bila baca balik sy dah tau tu penumbuk. tapi dah terlanjur post komen, sy biarkan jer la.. x sngka byk pula cth yg diberikan. tq sir..( Teringat kat sir felix kat campus dulu~ dera kami dgn setimbun homework!x nyesal kena dera, dpt gak B+ subject accounting dia tu!)

sukiman said...

he he he...sori saya terbawa-bawa watak pensyarah...

B+ tu kira bagus tu...payah nak dapat.

.