"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 28, 2011

My Ex - Akibat awek ramai...



Pernah tak rasa nak bunuh je kekasih/suami/isteri/majikan kita yang curang? Pernah tak baca akhbar/majalah/buku/internat yang ada pasangan yang membunuh pasangannya bila mereka dicurangi? Tak logik kan? Tetapi ianya ada, selamat datang ke dunia cemburu dan kasih sayang.
Tetapi ada individu bila dicurangi, dia membawa diri, dia redha atas apa yang terlulis... Dia mungkin berhijrah ke negeri lain (negeri jiran) dan bekerja sebagai pensyarah...atau apa-apa saja kerja yang sesuai dengan kelayakan/kemahiran dia. Dia duduk senyap je sampai akhir hayat.
Tetapi cerita filem' My ex' ni lain, setelah dia dicurangi dia juga ingin membunuh tetapi bukan pasangannya yang curang itu mahu dibunuhnya tetapi...jeng-jeng jeng.
Jantina mungkin antara faktor yang mempengaruhi bagaimana seseorang/mereka menghadapi/bertindakbalas terhadap kecurangan pasangan. Orang perempuan biasanya tak boleh terima hakikat bila dia dicurangi. Dia akan rasa terhina, malu, sedih dan marah dengar kadar yang hebat. Lelaki lebih realis, tak tunggu lama akan mencari pengganti. Tak esok, lusa. He he he.
Cerita ini berkisarkan kepada seorang aktor handsum lagi kacak bergaya yang terkenal dan meningkat naik popularitinya dalam dunia perfileman (rujuk gambar di atas. yang pakai baju belang hidung belang). Bertepatan dengan mukanya yang handsum, misa ala-ala ada, ala-ala tak ada, maka ramailah awek yang dambarkan kasihnya cintanya (termasuk seorang pelajar kolej, yang akhirnya mati...kesian)...
" Biasalah, lelaki yang handsum ni Man, bukan saja tak setia malah berkasih seperti menukar baju" Kata kawan saya yang tak pernah dipinang orang.
" Ya, Man setuju! Jarang je yang handsum tetapi setia sehingga usia 40an (awal 40an)". Jawab saya yang tak pernah meminang.
Kita kembali kepada cerita seram ini. Kalau asyik bercerita dan mengulas hal lain, alamaknya tak habislah sinopsis cerita ini. Masa saya tengok cerita ini saya seorang diri. Walaupun dapur dua tiga langkah je dari ruang tamu, saya takut untuk ke dapur nak buat air. Saya biarkan air yang saya panaskan tadi jadi sejuk dicereknya. Seram rasa nak ke dapur sebab tengok seorang diri.
Dalam banyak-banyak perempuan yang dia tidor tu ada la sorang yang `termengandung'. Dan perempuan ini sebenarnya sangat sayangkan Ken. Saya lihat perempuan ini taklah cantik berbanding dengan pelakon-pelakon perempuan lain yang meletup cantiknya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang apple siam lebih gebu dan padat...
Seperti awan yang jatuh ke bahu, atau gossip pejabat yang tahun ni tak dapat bonus, perempuan mengandung itu terpukul bila Ken selamba badak tanya " Betul ke itu anak aku?" (terjemahan). Sebenarnya saya tak tengok cerita ini dengan sarikata. Saja saya nak belajar faham bahasa filem.


Dalam cerita ni ada adegan yang 18SX, tak sesuai ditonton oleh anak-anak, orang yang terlalu tua atau orang-orang yang jantungnya `unregular heart beat'. Cuba lihat gambar di atas. Perempuan itu pakai bikini tepi pantai, sesuai ke? Memang sesuai. Tak kan nak pakai kat balairaya kan. Tapi maksud saya dia boleh pakai baju renang yang lebih sopan (ada ke?). Lepas tu yang saya tak tahan dia buat manja dan mengoda ngada terhadap kekasihnya, dan buat-buat lari (berlari lari anak)... Huh!
Tapi hero filem ni sopan sikit, dia pakai seluar pendek yang panjang (sekerat lutut), dia tak pakai seluar renang yang kecil.
Seperti filem seram Nang Nak, filem ini tebal dengan unsur kasih sayang. Kalau tak silap saya ada sebuah madah Mankisue yang mengatakan `sebuah kasih sayang yang kuat sahaja boleh melahirkan dendam yang hebat'. Itulah madahnya lebih kurang kot.
Ya, betul perempuan itu bunuh diri dan jadi hantu...dan bunuh sapa-sapa yang cuba goda Ken!
Jan
: Tapi apa pulak kaitan dengan bunga kemboja? Haaa... Suspen ni!

No comments:

.