Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 29, 2011

Lynas Malaysia Sdn Bhd



Saya pernah menonton beberapa filem Amerika yang mengisahkan kesan buruk radiasi terhadap manusia dan alam sekitar. Pendedahan diri kepada radiasi bukan sahaja mampu menyebabkan kematian semerta, tetapi juga kepada kesan jangka panjang. Contohnya, radiasi mampu mencacatkan janin dalam kandungan (bagi yang mengandung).
Kepada yang tidak mengandung atau masih lagi tidak kahwin (mungkin terlalu memilih atau memang tak ada orang nak...) jangan cepat rasa lega sebab radiasi berlebihan juga akan memberi kesan kepada kualiti seperma/telor/semen (kita berkemungkinan melahirkan anak yang cacat selepas bersetubuh dengan pasangan apabila kita kahwin nanti). Kesan langsung lain ialah barah pada sistem pembiakan kita. Contohnya barah rahim. Rujuk cerita Erin Brockovich (kisah benar dilakon oleh Julia Robot).
Kakak beli sofa baru
Pada hujung minggu yang lalu ketika saya bertandang ke rumah kakak, ketika saya sedang sedap merasai kemewahan/keempukan sofa yang baru dibeli kakak, saya ditanya oleh abang ipar mengenai isu pembinaan sebuah kilang di Gebeng. Kilang tersebut bukannya kilang biasa yang buat roti atau selipar jepun tetapi sebuah kilang yang dikuatiri membebaskan bahan radiasi.
Kepada yang tidak suka membaca suratkhabar dan tidak gemar mendengar berita jam 8 malam, sebenarnya sebuah kilang yang berharga RM700juta sedang giat dibina di kawasan penindustrian Gebeng, Kuantan (entah-entah dah siap pun). Projek ini diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation (syarikat dari Australia). Saya ada juga mendengar bahawa syarikat ini ada membuka tender kepada negara-negara lain tetapi ditolak mentah oleh negara tersebut. Hanya Malaysia yang `sudi' menerima `lamaran' tersebut.
Pembinaan kilang tersebut tentulah meresahkan hati warga Kuantan, termasuk saya yang sudah membeli rumah di Kuantan (memanglah hajat nak menetap di Kuantan sampai saya padam, kecuali kat kampung saya ada KFC). Tentulah saya rasa bimbang, tambahan lagi saya sudah terpengaruh dengan filem Amerika dan info di internate mengenai bahana radioaktif. Saya bimbang telur saya rosak, he he he.
Kata PM kita...
Apabila timbul isu keselamatan kepada rakyat, PM kita yang tahu keresahan hati masyarakat Kuantan telah memberi jaminan kajian akan dibuat. Satu panel bebas dianggotai pakar khabarnya akan membuat kajian berhubung soal keselamatan dan kesan kilang berkenaan. Ya lah kita ni mana tahu sangat pasal bahan-bahan radioaktif ni. Macam sayalah, cuma tahu bahan-bahan nak buat kek buah atau kak pisang jea...
Khabarnya bahan radioaktif ni kebahayaannya ada skala. Kira ada ukuran sama ada bahaya atau tidak. Itulah gamaknya yang hendak dan patut dibuat kajian. Namun kilangnya sudah dibina, baru nak kaji?
Kita tidak hairan kenapa isu ini meresahkan hati, jantung dan limpa masyarakat Kuantan. Mereka tak sedap duduk, tak sedap bangun bila memikirkan hal ini. Terutama penduduk yang peka terhadap keselamatan alam sekitar dan tahu sedikit sebanyak pasal radioaktif. Ya lah kan, kalau kilang itu dibina di daerah kita, tentu kita bimbang. Nanti kita terradiasi, sapa nak jawab? Siapa yang nak bayar hutang bank rakyat kita? Kad kredit? Tuiesyen anak?
Kata Tun...
Sebenarnya sebelum itu saya juga ada membaca satu pernyataan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang Malaysia mungkin tidak sesuai dibina kilang yang berkaitan dengan radiasi. Kata Tun kita tiada pengetahuan dalam mekanisma kawalan atau penyeliaan bencana. Saya berpendapat seolah-olah Tun juga menunjukan kekhuatiran beliau berhubung dengan isu ini.
Kata menteri terlibat
Datuk Seri Mustapa Mohamed (menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), ada memberitahu yang kajian akan dijalankan dengan terperinci. Keputusan kajian ini diharapkan dapat meredakan kebimbangan penduduk Kuantan. Juga untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada mereka yang giat mempolitikkan isu berkenaan. Maka buat masa ini tiada lesen pra-operasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Maknanya kilang tersebut tidak akan beroperasi selagi kajian terperinci dibuat.
Siri penerangan kepada khalayak
Sementara itu beberapa siri penerangan yang dianjurkan oleh LPTA dan kerajaan negeri diadakan di sekitar Kuantan baru-baru. Namun dengar khabarnya siri-siri penerangan tersebut gagal mengatasi kebimbangan yang bermukim di hati penduduk Kuantan.
Jan: Hati ini dah lama ter`radiasi'...

3 comments:

wawadave said...

kerana duit, smuanya ok. Org lain yg kene bayar with a price (health and life)...Patut bina je blkg rumah org2 yg sign kontrak tu..yg kata radiasi tak sebyk mana...

uj said...

en jan.. sebelum ni lynas tu nak dibina di telok kalong kemaman... tapi juga ditolak....

Jankaulu said...

bukan apa, bimbang juga jadi macam jepun baru-baru ni.

dah bina baru nak kaji...tu pun satu hal...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home