Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 11, 2011

KWSP dan skim pengeluarannya



Perlu kita ketahui sebarang pengeluaran daripada KWSP akan menyusutkan nilai simpanan kita pada hari mendatang. Perlu kita ketahui lagi KWSP ialah perlindungan kita di hari persaraan iaitu pada hari kita tak berapa hidup dalam ertikata sebenarnya. Duit tersebutlah akan melindungi dan memenuhi keperluan fizikal dan emosi kita. Pada masa kita bersara, sesetengah daripada kita tidak lagi produktif, tidak lagi vouge. Mungkin berulang alik ke surau dan menjaga cucu.
Bolehkah nanti kita harapkan pasangan semata mata untuk melindungi kita nanti? Jangan harap! Yang tak ada pasangan…lagilah...(sayalah tu, he he he)

Sebab itulah saya tidak berminat/teruja dengan Skim Pengeluaran Komputer yang diperkenalkan kerajaan sedikit masa dahulu. Walaupun saya memang nak komputer tetapi saya berdiam sahaja. Saya berpendapat banyak usaha lain yang perlu dilakukan oleh kerajaan jika mahu rakyat celik computer bukannya menggalakan rakyat keluarkan duit KWSP mereka. Skim pengeluaran sebegini tidak menguntungkan pencarum, ia menyusutkan nilai pada hari muka.

Dan saya ada dengar juga banyak penipuan yang berlaku daripada skim ini. Maksud saya rakyat tak beli komputer tetapi beli benda lain. Maknanya pengeluaran palsu.

Pertama kali saya mengeluarkan wang KWSP adalah kerana terpaksa, kerana saya tidak menabung. Pada ketika itu saya kena cari duit bernilai sebanyak 10% daripada jumlah harga rumah yang saya nak beli. Namun saya tidak keluarkan 10% daripada akuan dua KWSP, saya keluarkan kesemua duit dalam akaun dua tersebut. Saya keluarkan kesemuanya supaya bayaran bulanan ke atas rumah yang saya mahu beli taklah tinggi. Itulah cara saya berfikir sebab saya bukan muda lagi…bayaran bulanannya tinggi.

Memang begitu bahasanya, iaitu bank tak murah hati untuk beri pinjaman 100%. Dan ini sebenarnya adalah arahan dari bank negara berikutan dasar kewangan kerajaan untuk memelihara penawaran wang dalam pasaran sambil-sambil membendung inflasi. Boleh baca buku ekonomi bawah tajuk Wang dan bank (kalau suka baca pasal ekonomi).

Bagus juga ada KWSP sebab kalau tak, saya nak korek mana duit tersebut?. Duit simpanan? Pang! Sila tampar muka sendiri, tak baik menipu.Huh! Tak ada…

Kesian kan kalau majikan tak mencarum. Bila majikan tak mencarum mungkin pekerja mencarut. Anggaran saya sekarang ada lebih kurang 10 juta orang tenaga kerja di Malaysia. Dan daripada jumlah ini bukan semua yang aktif mencarum. Hampir 50% jumlah tenaga di Malaysia sebenarnya tak mencarum!

Kalau kita fikirkan mereka ini akan menghadapi masalah social pada masa hadapan. Maksud saya bagaimana golongan ini mahu menghadapi kehidupan yang mana pada masa hadapan mereka akan menghadapi inflasi. Kot-kot nanti bila kita bersara gula dah cecah RM5 sekilo. Bila gula RM5 sekilo kueh Nekbak tentu 3 biji RM2 atau air tea o kita minum harganya macam bila berada di hotel pada masa sekarang. Parah kan?

Apa yang nak saya bebelkan di sini adalah bersyukur kerana ada KWSP dan gunakanlah ia dengan betul dan berpatutan kerana duit itu adalah masa depan kita. Boleh susah jadinya kalau kita tak rencanakannya. Kita seeloknya hindari dari mengeluarkan duit kecuali untuk benar-benar produktif dalam menolong hari tua kita nanti… Opps bukan hari tua, hari matang...

Jan: Cuba kita bayangkan pada masa tua nanti kita berkedut, gemuk, letih, tak disayangi menantu dan cucu, dan tak berduit pulak! Alahai.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home