Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 8, 2010

Pokok manggis...


Sepohon manggis daunnya kan rimbun...

Apa guna hidup seribu tahun kalau munafik dan menghancurkan hati orang?

Apa gunanya...?


WALAUPUN hati saya hancur luluh akibat dia lebih utamakan darjat dan harta, saya teruskan juga tekad saya untuk menanam pokok manggis. Saya mesti menanamnya lagi pun saya dan canangkan kepada Suhaida (isteri Adnan) dengan sebab-sebabnya sekali mengapa pokok manggis jadi pilihan, dan mesti ditanam. Hanya dia yang tahu dan memahaminya...
Saya dan ayah saya mengusaha tanamkan tanaman pokok manggis tersebut di sekeliling tepi sisi rumah (sebenarnya ayah saya la yang banyak mengusaha tanamkannya). Saya sentuh-sentuh je. He he he.
Kata ayah saya pokok manggis ni lambat sangat la akan pembesarannya. Dalam setahun dua kali je dia berpucuk. Kata ayah saya lagi kita kena buat ran untuk lindungi pokok tersebut daripada terik matahari. Kita kena tutup dengan jala hitam katanya. Kalau kat kampung tanam pisang di sekelilingnya.
Saya tak kisah pokok-pokok manggis saya ni berbuah ke tidak. Saya tak kisah buah, saya boleh beli di pasar kalau nak. Yang menjadi tarikan utama ialah daunnya hijau pekat merimbun gagah, rendang dahannya memikat hati...
Jan: Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam kupandang manis...(dan kemudianya seperti biasa kumerana...)

5 comments:

Eja said...

pas ni lebat merimbun teduh redup, sejuk mata memandang la umh awk skiman. keliling umh lak tu ngn pkk manggis.

uj said...

tanam la jugak pokok lain suki.. pokok balak ke.. lagi redup seperti belantara nanti...tak pun pokok palma... baru la sesuai dengan taraf hidup en jan... baru elegance macam dalam majalah laman tu..

Jankaulu said...

entahlah eja dan unclejoe..., yang pentingnya ku tak lagi berteduh tumpang di rimbunan kasih yang palsu semata...

uj said...

jangan menumpang kalau tahu akan menyakitkan.. baik naik bas je.... sempat juga memandang alam sekeliling sambil merenung sejenak hari depan dan belakang ... lagi best ada masa lak untuk baca buku-buku soal jawab agama gitu...heheheh

Jankaulu said...

pulak dah...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home