Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 24, 2009

Kak Na tudung labuh...



Pergi ke hutan mencari rotan,
Terjumpa beruang terus terdiam;
Dari Pekan sampai ke Kuantan,
Orangnya sederhana agak pendiam.



SAYA mengenalinya ketika kami sama-sama bekerja di Kolej Shahputra Pekan. Dia hadir ke Kolej Shahputra terkemudian sedikit daripada saya. Pada masa tersebut dia masih anak dara dan saya masih lagi teruna. Sekarang saya sahaja yang masih lagi teruna.
Saya merujuk panggilan nama `Kak Na' bila bercakap dengan kawan-kawan lain. Sebab ramai kawan-kawan memanggil namanya dengan panggilan `Kak Na'. Saya pun memanggil namanya `Kak Na', padahal saya rasa saya lebih tua daripadanya.
Apa-apa pun yang penting saling menghormati. Namun berhadapan dengannya saya panggil Na, dan terkadang tersasul panggil `Kak Na', he he he. Rasa muda pulak. Nama sebenar beliau ialah Azlina Haji Ismail.

KONINGWARE BUNGA ROSE
Semasa Mek Zue and the gang pergi ke Langkawi tempohari, saya sempat minta tolong Mek Zue untuk lihat harga Korningware di sana. Saya berhasrat nak lengkapkan siri-siri `anakbini' corningware bunga rose saya. Saya nak hadiahkan kepada mak.
Di sini mahal harganya, piring makan, piring kuih, cawan, gelas dan sebagainya. Di sini pinggang saja RM50 lebih sebijk, begitu juga cawannya (tanpa piring) RM52 satu. Mahal kan?

Ketika saya membelek Koningware saya, saya teringat pula kepada Kak Na (Azlina haji Ismail). Dulu saya berhutang dengannya beli Koningware dan vision.
SISTEM KUTU
Saya berhutang dengan Kak Na bayar bulan. Nak habis sepuluh bulan bukan main susah lagi. Puas saya merayu nak langsaikan sekaligus tapi katanya '' Tak buleh sebab kita guna sistem kutu..."


Bab-bab kutu pinggang mangkuk dialah raja pada masa tersebut. Saya dapati harganya murah sedikit sebab ia guna sistem koperasi suaminya
Entah macam mana sistemnya saya tak tahu tapi kita bayar sedikit je setiap bulan selama 10 bulan. Entah sekarang Kak Na masih lagi ligat menjualnya atau tidak, saya tidak pasti.

Sistem ini ada baiknya sebab kita dapat barang awal. Ramai juga kawan-kawan di KSP yang beli melalui sistem kutu ini. Kalau ada duit boleh beli dua tiga empat barang sekali gus. Dan bila tak ada duit di hujung bulan, jangan salahkan sesiapa, he he he.

AGAK PENDIAM

Orangnya tak banyak cakap. Sepatah kita tanya, sepatah dia jawab. Tapi biasanya beberapa patah saya tanya, sepatah je dia jawab, he he he.
Bila saya buat lawak bagai nak giler dia tersenyum kecil sahaja (senyum sekerat). Tapi suka juga bila bercakap dengannya sebab dia kata saya ni selalu ada idea nak bercakap. Memang semasa di Kolej Shahputra saya ramai kawan, agak popular...
Bila kami berpindah ke Shahputra Kuantan, dia duduk tingkat bawah, saya duduk tingkat atas. Kami taklah bertembung mana. Sesekali saya turun ke bawah jumpa dia nak tengok kalau-kalau ada katelog baru.
Nak harap dia naik ke tingkat atas atas? Huh!, selisih malaikat 44, mati hidup balik saya rasa tak dapat tengok, he he he. Dia pemalu orangnya.
PERISTIWA CEMAS

Saya tidak tahu bagaimana skill bawa keretanya sekarang. Tetapi saya dapat agak dia dah mahir jauh berbanding saya.
Semasa saya menumpang keretanya di Pekan, ada suatu peristiwa yang membuatkan jantung saya berdegup dengan pantas dan saya rasa ngeri. Saya ngeri sangat bila naik keretanya. Suatu hari tu dia membelok di hadapan kolej Shahputra Pekan, bila nampak line clear sup-sup di masuk ke tepi jalan dan membelok atas rumput tersebut dengan ganasnya!.
Biasanya kita cari simpang atau kawasan lapang sedikit, tetapi Kak Na pada masa itu kira `berani mati' actionnya. Sejak hari itu saya mengelak diri daripada menumpang dia, he he he. Ampun Na.
Beberapa kali saya pernah tengok dia membelok keretanya depan kolej shahputra Pekan di celah-celah pokok sahaja!
BELI RUMAH BARU...

Semasa Kak Na beli rumah di Indera Mahkota, saya ada pergi melihatnya. Bila dia naik rumah dia ada buat majlis. Pada masa saya pergi ke rumahnya tersebut...dalam hati saya, `bila la aku nak beli romah..'.
Kak Na adalah antara pensyarah terawal yang membeli rumah sebaik sahaja kolej Shahputra berpindah ke Kuantan. Saya juga pada masa tersebut masih tak ada niat nak beli rumah. Bila saya dah sampai Kuantan barulah ingat nak beli rumah. Perkara nak beli rumah ini rupanya dah ada dalam fikiran Kak na semasa dia di Pekan lagi.
SUAMI KAK NA...
Suami Kak Na baik orangnya, setiap kali saya berjumpa dengan suaminya dulu.... saya kontrol tingkah laku saya. Saya malu sebab saya macam belon, sedangkan suami Kak Na mantap dan tegap orangnya, askar.
Sebagai manusia kita kenalah jaga penampilan dan perangai kita di hadapan pasangan kawan kita kan? Sebab kita berkawan dengan kawan kita dah lama, kawan memahami perangai kita. Namun pasangan kawan kita mungkin baru sahaja kita kenal dan masih tidak menjadi kawan baik kita. Kita kena kontrol sikit perangai kita.
Semasa pergi ke rumahnya, perangai mesra suaminya menyebabkan saya menambah sebanyak 3 kali. Ya, gagal juga saya kontrol sebab saya lapar. Memang daripada pagi saya tahan perut, khas untuk makan kat rumah Kak Na, he he he.
VANTAGE..
Kini lama benar saya tak jumpa Kak Na. Adakah dia giat lagi berkutu korningware? Kalaulah dia membaca coretan ini saya nak ucapkan terima kasih banyak atas persahabatan lampau. Walaupun saya sekarang jauh di Paris (Muadzam), kenangan bersama dulu tak dilupakan. Koningware tersebut akan dijaga oleh emak saya pula nanti. Saya bersama vision sahaja nanti...
Dan sekarang dengar khabar...amboi banyak kumpul barang Vantage yang cantik2. Nak jugak saya melihatnya. Tentu cantik dan boleh dijadikan perhiasan.
P/S: Gambar `Kak Na' di atas di ambil daripada Kolej Shahputra website...

Jan: Kalau lalu Paris (Muadzam), singgahlah Na...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home