Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 3, 2009

Semuanya kena cepat dan cekap!

Saya lihat handphone saya, jam dah pukul dua lebih. Saya bergegas ke hospital nak ambik mak dari Hospital Muadzam.
Saya menuju ke katil mak saya, saya tengok semua barang-barangnya sudah dikemaskan. Saya bangun dan dudukan mak di kerusi roda, dan setelah mak saya bersalaman dengan misi-misi, saya tolak kerusi roda keluar wad.
Sekali lagi saya terasa macam berlakun drama swasta di astro (yang ulang cerita sama 18 kali tu). Semasa saya menolak kerusi roda tu mak saya beritahu sebaik tiba di rumah dia nak mandi. Dia nak mandi kerana dah 4 hari dia tak mandi. Saya tau...dia tak berkenan dengan bilik air hospital tu...
Saya berhentikan kerusi roda di tepi jalan di sisi bangunan, kemudian saya turun ambil kereta saya di kawasan parking di bawah. Hospital ni atas bukit, dan tempat letak kereta di bawah!. Saya ada bilang 35 anak tangga semuanya, kalau kita nak naik ke atas atau ke bawah, kena menapak 35 anak tangga. Tinggi juga kan, lelah juga saya dibuatnya. Tercungap-cungap setiapkali turun dan naik. Saya bukan muda belia lagi, saya semakin sedar. He he he
Setelah parkingkan kereta secara sisi, saya masukan mak saya ke dalam kereta cepat-cepat sebab saya nampak ada kereta di belakang nak parking tempat saya juga di sisi bangunan. Mungkin nak ambik pesakit juga.
Dalam nak cepat tu, saya hampir terlupa ambik bantal golek (bantal peluk) saya. Bantal golek khas yang saya bawa dari rumah. Kat hospital mana disediakan bantal golek kan?
Sampai di rumah mak saya berjalan perlahan-lahan ke bilik mandi. Saya tahu urat paha dan betisnya masih sakit.
Saya bergegas ke dapur keluarkan daging ayam daripada peti ais. Mak saya ada beritahu dia lapar dan lepas makan baru nak makan ubat. Memang peraturan ubatnya sebelum makan ubat perut kena penuh dulu. Saya nak masak ayam pedas dan sayur air untuk mak saya. Masakan tu cepat dan pantas. Tak kan nak buat rendangkan...
Sementara menunggu ayam tu lembut saya basuh segala baju dan kain mak saya dengan mengunakan mesen basuh. Dalam pada itu saya sempat basuh pinggang mangkuk yang bertimbun yang saya tak sempat basuh beberapa hari ini.
Kalau nak masak ayam pedas tomato ikut cara saya, saya goreng dulu ayam tu biar garing sikit. Sebabnya saya suka kalau garing. Ada orang goreng tak lama sebab tak suka garing. Saya goreng biasa dengan sedikit kunyit adabi.
Lepas tu saya guna minyak lain dan panaskannya dengan chili boh beberapa minit biar garing baru saya masukkan bawang mesen. Memang saya simpan bawang mesen banyak yang saya blender ke dalam bekas tupperware.
Saya tumis dan saya masukan sedikit air asam jawa, sedikit garam dan jangan lupa gula. Biar lemak. Lepas tu saya masukan ayam bersama lada hidup yang saya hiris panjang, juga bawang besar dan sekeping asam keping.
Dapur di sebelah lagi saya panaskan tungku. Nasib baik dapur gas ni ada dua tempat memasak. Dapur satu lagi saya panaskan batu tungku mak saya nak bertungku sebab uratnya memang sakit lagi. Semalaman dia beradoi di hospital sebab lenguh lumpuh. Bila tungku dah panas saya akan letakan dalam daun kunyit dan balut dengan kain. Akan wangi baunya nanti...
Bila saya lihat lada dan bawang dah sebati dan lembek, saya tuang sos tomato dan gaul dengan ayam pedas tadi seminit dan terus tutup api dapur. Kalau lama nanti masam sos tomato hilang sebab tulah kena cepat-cepat tutup. Saya angkat kuali Teafel tu dan letak di atas kabinet. Saya sambar periuk vision sebab nak masak sayur air pulak.
Saya ambik tiga biji bawang putih dan hempapkannya dengan pisau besar dan leper (jenama Tupperware) dengan kulit-kulitnya sekali. Kulit bawang putih tu jangan buang, pesan kawan Thailand saya dulu. Katanya kulit tu bau wangi.... Saya panaskan minyak dan tumis bawang putih tadi, bila kulit bawang putih tu hangus dan berbau sedap terus saya masukan air. Bila air gelegak saya masukan batang sawi dulu biar batang dia lembik barulah kemudian selepas itu saya masukan daun sawi, lada hidup, bawang besar sikit, dan garam gula. Bila gelegak, tutup api nya jangan sampai sawi jadi hitam.
Saya masukan masakan ayam pedas tomato saya tu ke dalam mangkuk Corningware dan hidangkan ke meja. Sawi air tu saya angkat dengan visionnya sekali ke meja. Saya belah telur masim sebiji (yang memang saya dah rebus banyak-banyak dan letak dalam peti ais).
Saya terus ambik kain daripada mesem basuh panasonic saya tu dan sidai di luar rumah, saya rasa sempat kering walaupun dah nak petang.
Selepas tu saya ke bilik jemput mak saya makan, lepas makan dan berehat nanti saya nak tungku mak saya pulak.
Selepas tu saya nak ke kampus, ada kuliah...
Jan: Saya tak boleh lambat-lambat atau betat lagi..., saya kena cergas.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home