Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, August 2, 2009

Ramadhan dah dekat...

Saya dapat rasakan bulan ramadhan semakin menghampiri apabila tanda-tandanya telah tiba. Ya memang kita sibuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan lebih kurang 30 hari sebulan. Namun apabila tanda-tandanya semakin jelas kita kenalah bersedia.
Rasanya masih baru lagi saya meraikan hari raya. Masa silih berganti, rupanya saya sahaja yang pelupa. Terkadang saya lupa ramadhan semakin dekat sehinggalah:

Melalui sma, adik perempuan saya beritahu yang dia lelah memilih warna tema dan jenis kain untuk dibuat baju Melayu raya tahun ini. Maknanya semua lelaki dalam keluarga akan pakai warna tersebut.

Saya tidak kisah sangat pasal warna tema atau jenis kain baju Melayu tahun ini. Kalau warna belang harimau pun saya memang tak kisah sebab tentu hanya pagi hari raya tersebut sahaja saya memakainya, he he he. Saya jarang pakai baju Melayu di mana-mana pun... Baju biru raya tahun lepas pun saya hanya pakai sekali sahaja.



Baju Melayu raya tersebut hanya akan dipakai pada waktu pagi. Maknanya tak boleh dipakai sebelum raya. `Dara' baju tersebut mesti diragut pada pagi hari raya. Tiada sesiapa yang membuat peraturan ini tetapi ianya telah lama diamalkan oleh keluarga saya sekian lama.

Adik saya juga melarang saya membeli biskut-biskut raya. Katanya dia akan membuatnya bersama seorang pembantu dan dia berjanji nak berikan saya 6 jenis biskut. Oh syahdunya hati saya. Memang saya suka makan biskut raya. Walaupun nampak je berlainan bentuk tetapi rasa hampir sama, saya tetap suka menguyahnya.

Adik perempuan saya juga menyatakan tahun ni dia tidak akan ambik banyak `oder'. Hanya tempahan daripada kawan-kawan baik dan juga ahli keluarga sahaja.


Adik saya juga sekali lagi mengingatkan raya tahun ni diraikan secara berskala kecil sahaja...


Jan: kasihku berskala besar namun kau tak pernah menghargainya...(pulak dah)


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home