Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 18, 2009

Kenapa saya mengajar...?

Yang pakai cermin mata tu saya (yang handsome), bersama pelajar tingkatan 6 Atas

Cita-cita saya bukanlah menjadi guru, jauh sekali nak menjadi pensyarah... Saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi guru atau terlibat dengan dunia pendidikan. Malu nak cakap ni takut nanti orang kata tak sedar diri, he he he. Sebenarnya cita-cita saya nak jadi pegawai kerajaan, pegawai tinggi yang kononnya penting dan terlibat dengan memberi input terhadap penggubalan dasar-dasar kerajaan. Itulah cita-cita saya, dan ianya semakin semakin menebal bila belajar di universiti.

Selepas menghabiskan pengajian di UM, saya melepak sekejap di Kuala Lumpur untuk mencari kerja jenis `sementara' tetapi kerja jenis `sementara' pun saya tak mampu dapat, he he he. Beberapa bulan kemudian duit semakin terhakis. Suatu hari kakak saya ada beritahu ada kerja kosong sebagai guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu (berdekatan dengan rumah saya). Saya terus sambar walaupun tak sepenuh hati... Pada taidak bekerja baiklah bekerja...


Kakak pelajar kahwin: Saya di tengah, baju kuning (yang manis handsome...)



Semasa menjadi guru ada juga bebarapa kali saya minta PTD (pegawai Takbir dan diplomatik) dan berjaya hanya setakat temuduga sahaja. Pada masa tersebut untuk layak temuduga pun dah kira ok, kita kena ambil beberapa peperiksaan selama 2 hari, pagi petang kalau tidak silap, sekarang tak tahulah. Saya berjaya ke temuduga tetapi mungkin kerana saya berperwatakan macam `kartun', saya gagal mendapatkannya. Mungkin saya kelihatan tidak dapat menyakinkan orang... Kawan saya dapat walaupun result saya lebih baik dan bahasa inggeris saya lebik okey sikit. Tetapi itu rezeki dia kan...

So saya terus bekerja sebagai seorang guru, tahun demi tahun saya semakin suka menjadi guru dan akhirnya tenggelam di dalam dunia perguruan. Saya mulai seronok mengajar, dan saya mengajar dengan bersungguh-sungguh sekali.




Sampai sekarang saya masih merasakan saya bukan seorang tenaga pengajar yang baik, cara penyampaian saya tidak mengikut yang sepatutnya, saya tidak berpedagogi, saya jugak kadang-kadang agak emosi. Namun cuma satu yang saya yakin dalam hati iaitu saya nak sampaikan ilmu kepada anak bangsa, agar ilmu saya ni dapat menjadi satu elemen jatidiri kepada beribu elemen lagi, membentuk satu kehidupan yang baik bagi anak bangsa. Wow...
` Tidak kah usaha untuk mewujudkan suatu kehidupan yang lebih baik untuk orang lain itu satu kerja yang mulia? kan?...

Kawan saya pernah kata kerja yang paling sesuai untuk saya ialah menghiburkan orang di kelab-kelab malam. Saya tidak nampak kebenaran kata-kata tersebut, tetapi amat jelas juga walaupun saya ada mengamuk dalam kelas, saya juga dikatakan pelajar berperwatakan lucu di dalam kelas. Tetapi bila saya dah mula berleter...bulu kaki pelajar yang lurus boleh jadi keringting...(ini anak murid saya yang beritahu...he he he)



Saya tiada kemahiran membuat buat pasu, menulis, bermain bola ke atau menyanyi. Atau bermuka handsome dan hidung panjang seperti Ustad Amirul (dapat la offer belakon, biarlah lakonan kaku macam tiang talipon, asal ada rupa boleh je jadi pelakon. Selamat datang ke Malaysia).

Hendak menjadi ahli politik pulak saya tidak pandai berjanji, berbohong atau menggunakan agama. Akhirnya hingga kini saya mencari rezeki dengan mengajar. Saya hidup dengan `menjual' ilmu pengetahuan yang sedikit yang saya ada. Kerja saya memahamkan manusia terhadap beberapa topik kecil sahaja daripada berjuta topik-topik yang ada di muka bumi ini.


Saya bukanlah tenaga pengajar yang hebat sangat. Saya bukanlah seorang yang disukai oleh semua pelajar, saya akui. Tetapi saya sering juga berusaha untuk menjadi hebat dan diterima ramai. Bukan senang saya hendak berdiri di hadapan orang dan bercakap, dengan sebutan huruf `r' yang tidak jelas dan loghat yang agak pekat, saya cuba juga untuk bercakap, menjual air liur. Terkadang saya layu sebab kelas saya tak seronok atau saya rasa saya tidak dapat menyampaikannya dengan baik. Kadang-kala saya rasa `ya! inilah kerja aku, aku dilahirkan untuk mengajar!, Madonna untuk menghibur, menyanyi!'.

Kerja doktor berdepan dengan penyakit, kelebek sana kelebek sini, selok sana-selok sini, pegang sana-pegang sini. Jolok mulut orang dengan batang (batang seperti aiskrem tu...) dan suruh nganga dan sebut `rrrr'. Kerja saya berdepan dengan pelajar, ajar ini-ajar itu, beri latihan ini, beri latihan itu, suruh buat graf suruh kira itu ini. Tetapi matlamatnya sama, supaya manusia itu bertambah `sihat' untuk hadapi kehidupan yang elok. Kena sihat tubuh badan kena ada ilmu pengetahun sebelum gagah menghadapi hidup ini... kehidupan bukan senang kan? apatah lagi jika tak ada ilmu dan batang tubuh yang sihat.



Seronok juga bekerja di persekitaran pendidikan. Berhampiran dengan dunia pelajar seolah berhampiran dengan harapan yang besar, kita membentuk mereka menjadi lebih berilmu. Kadang-kadang saya juga terasa muda 2 x 5 macam student (nak jugak), he he he.



Pernah Lokman memberitahu saya dia merindui suasana mengajar... Kerinduan itu saya faham sebab kadang-kadang bila cuti lama sikit rasa gian pulak hendak mengajar.




Jan: Aku mengajar orang untuk hadapi dunia, dunia mengajar aku untuk menghadapi orang...huh!


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home