Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 12, 2009

Sarat rindu...

KALAULAH boleh Mankisue mendapatkan MC hari ini tentulah dia akan minta MC selama seribu tahun daripada doktor penel tersebut. Namun dia sedar sifat dan sikapnya yang tidak tergamak untuk meMC walaupun sehari jika tidak benar-benar sakit. Selama ini pun apabila dianugerahkan MC, dia tetap akan hadir ke tempat kerja.

…kerana terlantar di rumah dengan MC akan lebih `menyakitkan’ hidupnya. Namun jika kali ini dia teruskan juga niatnya berjumpa doktor, belum tentu dia akan mendapat MC. Doktor pasti gagal mengesan barah yang tiba-tiba menerjah di sudut hatinya, barah yang menjalar dengan ganas meratah di setiap ruang urat nadinya, menjalar juga di setiap tulang belulangnya.

Selama seminggu lepas dia bukannya tidak cuba bertabah hati. Malah pada pada setiap jarum jam yang terdetik dia berdoa semuga terkumpul seribu kekuatan agar membenihkan kesabaran. Agar kesebaran itu dapatlah dianyamnya dengan keimanan untuk menerima takdir dan ujian tuhan. Dia mahu bertabah sabar, dia mahu bertabah hati kerana dia amat tahu tiadalah yang lebih besar daripada kesabaran.

Terkilan Mankisue kerana dalam usia sebegini dia masih mengalami dan menjalani kemelut hidup yang sukar. Sebagai penumpang dia sedari dan menerima segalanya walaupun payah untuk dia redhai. Sesekali dia terasa banyak yang tidak kena di dalam hidupnya. Hanyalah kerana ada sedikit niat untuk menumpang kasih dia tumbang tergolek, niah untuk menaruh harapan dan kepercayaan, dia terhumbang. Dia sedar nasib seorang penumpang…suatu hari nanti beredarlah jua.… namun tidaklah dia menduga sekejam ini takdir keberedarannya.

Telah beberapa malam ditempuh Mankisue dengan kelat. Terlelap dia antara celahan masa dalam pengembaran mencari persoalan demi persoalan yang silih berganti. Terutama mencari kesalahan diri, kekurangan diri. Di mana lompangnya kasih yang diciptai sehingga mampu dirobosi… Akhirnya setelah dia menceminkan diri, dia semakin akur dan percaya kepada takdir kerana jawapannya amatlah mudah!. Dia adalah insan biasa, serba serbi kekurangan. Kekurangan yang dulunya merupakan sebuah kekuatannya rupanya adalah bahana dalam pencapaian harapan kehidupan.

Jam di handphonenya sudah melewati 6 petang. Sehingga kini sebutir nasi pun dijamahnya belum. Anehya dia tidak merasa lapar. Rasa keheningan ini mendominasikan rasa laparnya. Apa yang dia rasa sangat hening dan sunyi yang amat, hening yang tajam sehingga mampu memecahkan gegendang telinganya. Bukan tidak pernah dia merasai keseorangan dan kekosongan, namun tidak pernah segalak ini kesunyian dan kesyahduan bertandang ria di ruang tamu jiwanya.

Dengan gaya malas Mankisue mengeluarkan suis motor dari poket seluarnya, dia berjalan perlahan ke arah tempat parking motor. Perjalanan itu dirasainya berat, dan tempat parking motornya tidak pernah terasai begitu jauh… dan pada masa yang sama awam gemawan tidak pernah kelihatan sebegini hitam dan pekat. Seolah semuanya akan jatuh menimpa bahunya.

Namun dalam pekat kepayahan itu mulutnya tidak putus-putus menyebut kalimah ya allah, ya allah dan ya allah…


Jan: Ya allah...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home