Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 12, 2009

Iblis lapar tanah...

Pada suatu pagi hampir 30 tahun yang lalu ketika cikgu Syafie sedang mengajar ilmu hisab, pintu bilik darjah saya diketuk.
`Asalamualaikum cikgu, kami datang nak mitok derma Palastin'. Kelihatan dua budak sekolah di tepi pintu kelas siap dengan tabung yang diperbuat dengan tin Milo.
`Masuk-masuk, ha ni hah sedara seislam kita kena seksa kita wajib mederma' Kata Cikgu Syafie sambil panggil budak tu masuk ke dalam kelas.
Saya lihat budak-budak tu `purah' mukanya, bajunya pun lusuh. Pandai sungguh cikgu pilih budak untuk meraih simpati, he he he. Bertepatan dengan tema kesedihan. Tak kan nak pilih budak sekolah yang kemas kan, he he he.
Saya seluk seluar pendek saya, ada duit 80 sen. Bila budak tu menghapiri meja saya, saya masuk duit 20 sen ke dalam tin milo yang tudungnya telah ditebuk tu. Saya diberi striker sekeping (tak ingat apa logo tapi warna hijau), saya terus tepek di kotok kalam (pencil box).
`Kita mesti ada perasaan belas ke manusia, dapak pahla banyok kalu kita derma' Sambung cikgu Syafie, pada masa itu dua budak-budak tadi menghampiri satu meja ke satu meja. Dia selitkan dengan ceramah pulak.
`Terima kasih cikgu'. Budak dua orang tu pun berlalu meninggalkan kelas bila semua orang dah beri derma, ada yang beri 50 puluh sen, 10 dan 5 sen.
`Kita kena tolong kawan seagama kita walupun jauh. Negara-negara Arab tok leh harap nak bantu rakyat Palastin, takot ke Amerika'. Kata Cikgu Syafie yang dah terlupa patutnya dia kena sambung pelajaran Ilmu Hisab tu (tapi semakin rancak nampaknya ulas isu Palestin).
`Kita kena doar (doa), mitok tuhan tulung, doar ni senjata hebat. Siyang (kasihan) ada mati mok, patoh kaki, mati pun rama' Alamak cikgu Syafie dah mula nak berceramah. Saya dengar je... masa tu saya tak tahu sangat pasal Palestin tapi masa perhimpuanan sebelum ni ada guru besar Mat Hassan (kini dah arwah) beritahu anak-anak dan budak-budak kena bunuh....
Bila saya dewasa barulah gambarannya semakin jelas. Bila dah belajar sedikit sains politik di UM saya mempunyai perasaan sedikit benci kepada negara-negara Arab. Kita yang jauh ni sangat sensitif dan belas kasihan tapi berpuluh negara Arab dengan rakyat beratusan juta tak pun berpakat ramai-ramai antar rakyat masing-masing menentang Israel yang lapar sangat tanah tu...
Pun begitu, saya tetap menderma tapi bukan seluk kocek lagi tapi sekarang jeng jeng jeng saya guna internate...sekarang mudah. Kita boleh guna teknologi. Atas kita je, kalau ada duit boleh derma.
Ni nombor akaunnya 514105320501, NSTP FUND FOR GAZA.
jan: Semoga kita sama-sama menderma, sikit pun tak apa. Dan semoga suatu hari nanti umat islam bersatu, kita ada banyak negara islam yang kaya, kuat dan canggih sebenarnya...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home