Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, September 20, 2008

Kamal yang lawak...

Kamal tersenyum riang...

Ni kira penulisan kali kedua mengenai sahabat saya iaitu Kamal. Dulu saya ada menulis mengenainya dalam tajuk `Mencintainya sedalam dalamnya...(tentang kamal), (Tuesday, July 8, 2008). Kali ini kira sambungannyalah, kan ada saya letak bersambung... pada hujung penulisan tu.

Kamal antara sahabat baik saya masa kat Shahputra. Sehingga sekarang saya tetap ingatinya. Kami berkawan sejak kami sama-sama bujang hinggalah saya tetap bujang... Kerap kali juga saya mengingatinya, namun saya faham beliau sekarang menumpukan kehidupan kepada keluarga. Kadang-kadang rindu sangat nak keluar dengannya, nak minum-minum dan makan-makan. Sebenarnya kehidupan saya juga banyak berubah, namun saya tak mahu kehilangan sahabat bernama Kamal, dia istimewa.

Antara keistimewaannya ialah dia sangat lawak orangnya. Pasti tak percaya kan... tapi memang dia lawak. Penulisan kali ini tertumpu kepada beberapa peristiwa lawak yang saya tidak dapat dilupakan semasa bersahabat baik dengannya.

Sebelum subuh...
Pertama mengenai bagaimana keadaan saya ketika menumpang kereta beliau kali pertama ke Kuantan. Mak datuk masa tu dia bawak kereta bukan main slow motion je. Just imagine rasanya dah lama saya dalam kereta mengikuti perjalanan tapi baru sampai ke perumahan 500!. Kami bertolak dari KSP Pekan nak ke Kuantan, masa tu dia baru belajar bawak kereta...

" La Kamal slownya kau bawak, baru sampai rumah 500, kalau macam ni baik kita bertolak sebelum subuh." saya melahirkan rasa cuak hati sebab perlahan sangat dia bawak kereta. Masa tu saya bimbang kau lambat sampai ke Kuantan sebab nak beli tiket balik kampung, takut kauter tutup atau tiket habis.

" Kiman kau nak naik bas?" sepatah dia jawab sambil tersenyum. Sebenarnya begitulah sifat beliau, beliau tak cakap banyak bila orang mengomen, kadang-kadang dia tak jawab langsung, he he he... dan seperti yang saya jangka perjalanan ke Kuantan tu makan masa hampir 2 jam!.

Sekarang tersenyum girang, sudah cekap membawa kereta...


Lawak Look Zuri...
Cuba bayangkan bagaimana Kamal buat lawak dalam kelas? Lawak dalam bahasa inggeris lagi, payah nak buat kan, tapi Kamal mampu, pasti mengharukan ya? he he he. Tapi Kamal tak sedar yang dia telah buat lawak. Ini ceritanya.

Saya nak pecah perut bila beliau tersalah sebutan dalam bahasa inggeris. Masa tu di Pekan juga, kami baru saja jadi lecturer untuk program UiTM dan kenalah mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Dalam chapter Elasticity tu (Income elasticity of demand) adalah bahagian-bahagian yang mana kita kena klafikasikan jenis barang selepas kita mengiranya (sama ada barang itu normal good ke, luxury good ke, necessities good ke, atau inferior good ke.)

Masa tu dia tanya saya mengenai bagaimana sebutan saya bagi perkataan luxry, saya jawab laxzeri, tapi dia kata dia sebut Loock zeri..., apa lagi saya pun ketawa berdekah-dekah. "La kamal kampungnya sebutan kau, ada tak student terketawa bila kau sebut, he h e he? Terus saya suruh dia pulangkan balik izajah yang dia terima dari UPM tu, buat malu je, tak layak kata saya, he he he.
Lawak Ceiling Price
Satu lagi dia pernah buat lawak bila mengajar Chapter Market Equilibrium, topik ceiling price dan floor price. Topik ni memang selalu mengelirukan bila nak menanda kedudukan harganya. Garis yang di atas kita tak panggil penanda ceiling price tapi penanda di bawah kita panggil ceiling price, begitulah sebaliknya bagi floor price. Namun bagi student penanda ini selalu disalahfaham yang atas ceiling price yang bawah floor price.

Dan nak dijadikan cerita semasa keluar kuliah dia tanya saya masa kat library, "Kau dah ajar topik ceiling price dan floor price Kiman?

Saya kata dah ajar, saya menambah "Kena ajar molek nanti student tertukar, yang atas tu floor price yang bawah tu ceiling price. Student banyak kali bertukar ingat yang bawah floor price yang atas ceiling price." saya mengingatkannya (macam bagus, he he he).

"Alamak Kiman, aku tertukar lak kimang, syok sendiri je aku ngarjar tadi, konfiden pulak tu.". Dan selepas itu dia terpaksa mengajar balik kepada budak-budak tu pada kelas yang keesokannya. Masa tu saya juga ada kata kat dia " Aku ingatkan student je yang tertukar bila jawab exam rupanya lecterur dia pun 2 X 5 je", (dan sekali lagi saya suruh dia pulangkan balik izajah itu pada UPM).

Saya tak reti la nak cerita kedua lawak ni biar jadi lawak, tapi bagi kami ni antara cerita-cerita lawak kami. Saya akan ingat sampai mati... he he he.

DVD Cerita hantu.
Kegemaran Kamal menonton cerita action, beliau suka sangat tengok cerita aksi, sadis dan ganas (tak padan dengan orang, nampak baik je, he he he). "Entah apa indahnya keganasan-keganasan tu? pernah saya tanya beliau. "Kau ni jiwang kiman mana kau faham". jawabnya sepatah.

Koleksi DVDnya dipenuhi dengan banyak cerita action. Kalau dia beli DVD payah saya nak pinjam sebab tak secitarasa dengannya. Saya suka cerita yang cakap banyak dan jenis drama kehidupan, hindustan atau hantu-hantu tapi kamal suka sangat cerita yang ada bahan letupan, pembunuhan, perbalahan dan peperangan ngeri.

"Aku tak suka la cerita hantu, bukannya takut sangat...' pernah dia membuat pernyataan bila saya tanya dia kenapa tak suka tengok cerita hantu?.

Nak dijadikan cerita masa Azie sedang menghitung hari nak bersalin, dia selalu lepak rumah saya. Saya hidangkan cerita hantu Thailand mengenai keadaan di dalam hutan yang kononnya ada semangat bumi kat hutan tu. Kira hantu marahkan kat pembalak yang tak berlesen (yang berlesen tak apa pulak, he he he).

Sampai satu adengan cerita saya terkejut melihat dia terkejut dan terlompat ke belakang. Masa tu memang adengan seram sebab tiba-tiba muncul lembaga besar penuh skrin tv tu, he he he. dia kata dia tak takut...


Ni Hadif Akmal, adakah beliau mempunyai ciri lawak yang lebih ketara suatu hari nanti?



Azie : Manusia yang setia dan benar-benar memahami lawak Kamal...he he he.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga Kamal selalu berbahagia, sihat sejahtera di samping keluarga. Di kesempatan ini saya nak pohong kemaafan atas cakap-cakap saya yang pakai hembus, atau action saya yang melampau sejak kita sama-sama interview hinggalah sekarang. Maaf zahir batin ya. Kirim salam kat Azie dan si comel.


Jankaulu: Pernah buat lawak bagai nak mati tapi kamal tanya `Kiman kau buat lawak ke ni?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home