Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 27, 2008

Kucing jiranku...he he he

Lena benar, org pukul gambar tak sedar.



Ini rumah sewa saya di Muadzam. Kucing jiran ni selalu tidor atas meja kayu...selalu halau tapi degil, dia tak lari. Kalu lari sekejap je lepas tu datang balik dengan muka selamba. Kalau balik sekejap tengahari tentu dia ada dok melenakan diri. Tapi bila balik hari petang dia tak ada...



Kat perumahan ni, kat depan rumah dan belakang rumah ramai peminat kucing, namun kucing ni dari jiran depan rumah. Tapi tak tahu kucing sapa punya, Ja kata kucing Linda. Kucing ni tak pernah ada kat belakang rumah. Kat belakang rumah ada juga jiran yang ada kucing, kalu buka pintu, meluru datang (lapar kot), tapi perlu diingat tuan rumah ni lapar juga he he he.



Panas kot tengahari, sebab tu dia tidor


Kalu tengok daripada dekat saiznya besar sikit dari kucing2 lain, yang lain agak sederhana dan kurus. Yang lain-lain bertompok-tompok hitam, kelabu dan ada yang putih. Pakar kucing kata (Adnan) kucing ni ramai peminat di kalangannya memandangkan batu dia besar. Satu lagi dia pendiam...tak bising, selalu sorang diri. Kucing lain berkumpulan.



Mungkin sejuk kot dikelilingi pokok-pokok

Tak apalah dia nak tidur pun, lagipun selagi tak berak dan kecing merata. Cuma bulu dia tu yang tak tahan, ari tu letak baju warna hitam atas meja kayu tu sekejap bila ambik penuh bulu....

3 comments:

Eja said...

nk citer pasal kucing je ker, ke pasal pokok bunga n meja kayu u ni...hehehehe...tp mmg cantik ler pokok2 tu n kusi meja tu. kucing2 jiran area rmh sy pun rajin lepak kat rmh sy. maybe betul la, kucing pun suka tempat redup n sejuk mata memanjang pokok2 hijau keliling rmh. Bila blk rmh mencanat lari nyorokkn diri...tp ntah kucing sape...

Jankaulu said...

dua-dua...he he he

kucing ni tak pernah masuk rumah, cuma kucing yang kat belakang tu je, pantang buka pintu dapur.

pokok2 tu tak lah merimbung sangat,kena tanam dengan teratur sikit, sebab kwsan rumah tak berpagar, nanti takut mencacatkan pemandangan org lain.

walaupun laman sekangkang anak kera, saya cuba buat sentuhan sikit.

tapi laman rumah awak ala hutan brazil gitu kan...he he he

Eja said...

aah ala2 hutan brazil + amazon selatan gtu
ntah pape konsep ntah. tanam mana pokok yg suka je, tp lebig kpd pokok hijau tanpa bunga.....

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home